Siakap Keli
petikan filem anwar
Kredit Sinar Harian

PM Dan Isteri Sebak Dipertontonkan Petikan Filem ‘Anwar: The Untold Story’

PM Dan Isteri Sebak Dipertontonkan Petikan Filem ‘Anwar: The Untold Story’

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebak ketika petikan filem ‘Anwar: The Untold Story’ dipertontonkan kepadanya semasa Kongres PKR 2023 diadakan, hari ini.

Memetik Sinar Harian, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan sebak dan tidak mampu menahan air mata sebaik petikan filem yang membariskan pelakon terkenal Farid Kamil sebagai dirinya ditayangkan.

Filem sentuhan pengarah Indonesia, Viva Westi itu turut dibintangi oleh beberapa nama besar dalam penggiat seni Indonesia dan Malaysia.

Antaranya ialah Hasnul Rahmat yang memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad, Acha Septriasa membawa watak Wan Azizah.

Filem tersebut dijangka bakal ditayangkan pada bulan Mei ini di seluruh negara.

Filem adaptasi itu mengisahkan ranjau politik Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998. Ia dikatakan merupakan kisah sebenar yang dilalui oleh figura reformasi tersebut.

Sebelum itu, Anwar telah merasmikan Kongress Khas PKR 2023 yang bertemakan Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma. Kongress itu turut dihadiri kira-kira 1,200 perwakilan parti tersebut di seluruh negara.

Kongress itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Selain itu, ia juga turut dihadiri oleh Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Tindakan Pertubuhan Kinabalu Progresif bersatu UPKO.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Terdahulu, Penerbit Eksekutif filem berkenaan Zukiflee Anwar Haque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, berkata filem itu digarap berdasarkan kisah sebenar. Ia berlaku berdasarkan sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga beliau dipecat pada 1998.

“Cerita dalam filem ini versinya daripada Anwar sendiri, ada juga versi yang jarang didengari oleh rakyat Malaysia dan daripada domain awam tetapi yang terpendam. Contohnya cerita laporan siasatan lengkap beliau ketika dalam lokap.

“Sama ada ini diterima sebagai kebenaran, terpulang kepada penonton tetapi kami telah berusaha semaksimum mungkin mengambil cerita-cerita yang tercatat dalam perundangan dan hasil temu bual dengan orang yang terlibat,”katanya pada sidang media filem itu dahulu.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka