“Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.

“Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit,” katanya.

Mohd Zawawi berkata segala pelaksanaan solat fardu, dan solat Jumaat termasuk aktiviti program masjid dan surau dibenarkan dengan mengikut syarat yang harus ditetapkan.