Siakap Keli
polis daun ketum
Kredit: BERNAMA

Polis Tahan Pemuda Bawa 560Kg Daun Ketum

Polis Tahan Pemuda Bawa 560Kg Daun Ketum

JELI, 26 Mac (Bernama)Polis menahan seorang lelaki dan merampas 560 kilogram (kg) daun ketum, selepas mengejar sebuah kereta sejauh kira-kira 15 kilometer, di tepi jalan Kampung Pasir Dusun, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata penganggur berumur 25 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi selepas anggota polis mengesan lelaki berkenaan yang dilihat mencurigakan, semasa membuat rondaan Op Tapis.

Beliau berkata anggota polis itu kemudiannya memperkenalkan diri dan mengarahkan suspek berhenti di bahu jalan, namun dia terus memecut laju kenderaannya.

Katanya selepas ditahan, pemeriksaan di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta itu membawa kepada penemuan 56 bungkusan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum seberat 560kg yang bernilai kira-kira RM5,680, serta 1,000 milliliter (ml) air ketum dan 100ml ubat batuk.

Saari berkata suspek yang memiliki dua rekod lampau termasuk satu berkaitan daun ketum, didapati mengambil upah membawa bahan terlarang itu yang diperoleh dari Sik, Kedah, untuk dipasarkan di Tanah Merah.

“Suspek yang positi dadah jenis methamphetamine kini direman empat hari bermula Khamis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, di sini hari ini.

BACA: Polis Mohon Bantuan Kesan Aliah Qistina, Ibu Dakwa Anak Dilarikan

Dua lelaki ditahan, disyaki angkut daun ketum bernilai RM20,000 guna lori simen

Sebelum ini media melaporkan dua lelaki ditangkap ekoran menggunakan lori simen untuk membawa masuk daun ketum bernilai RM20,000 di Jalan Batu Enam, Batu Melintang, Jeli.

Memetik Sinar Harian, sebuah jentera berat yang dipandu dalam keadaan mencurigakan telah dikesan oleh pihak berkuasa pada jam 4 pagi.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, sebanyak 200 bungkusan hitam yang mengandungi daun ketum seberat 2,000 kilogram ditemui dalam lori berkenaan selepas hasil pemeriksaan dilakukan.

“Kami juga menjumpai satu botol plastik lut sinar yang mengandungi cecair keperangan disyaki air ketum.

“Kita telah tahan kedua-dua suspek yang berusia 28 tahun bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan tersebut,” maklumnya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK).

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana