Siakap Keli
mati ditikam hisap vape depan anak
Gambar: New York Post

Ayah Mati Ditikam Lepas Tegur Jangan Hisap Vape Depan Anak

Ayah Mati Ditikam Tegur Jangan Hisap Vape Depan Anak

Seorang ayah di Kanada mati ditikam di hadapan anak perempuannya sendiri selepas menegur seorang lelaki supaya tidak menghisap vape di hadapan kanak-kanak itu dalam kejadian pada Ahad.

Lapor NY Post, mangsa, Paul Stanley Schmidt, 37, dan anak perempuannya Erica pada awalnya berada di luar sebuah kedai kopi sekitar 5.30 petang bersama tunangnya, Ashley Umali.

Menurut sumber keluarga mangsa, suspek yang berusia 32 tahun itu melakukan serangan mengejut tersebut selepas mangsa (Paul) memintanya untuk tidak menghembuskan asap vape ke arah Erica.

Semasa kejadian itu, tunang Paul, Ashley sedang membuat pesanan minuman untuk ibunya, Kathy Schmidt di kaunter.

“(Bagaimanapun) semuanya bermula oleh suspek yang menghisap vape di sebelah bayi itu. Keadaan itu membuatkan tunang mangsa terkejut dan dia sangat sedih,” katanya.

Bangun & tikam mangsa lepas ditegur

Difahamkan kejadian tersebut turut dirakam dan videonya tersebar di media sosial.

Gambar: New York Post

Berdasarkan video tular, kejadian ngeri itu berlaku apabila suspek bertindak bangun (selepas ditegur) dan menikam Paul serta-merta di situ.

Insiden tersebut berlanjutan sehingga Paul memegang perutnya (yang cedera akibat ditikam) akibat sakit sebelum rebah ke tanah.

Dalam pada itu, ibu mangsa turut meluahkan rasa sedih kerana terkejut dengan pemergian anaknya yang meninggal dunia sekelip mata.

Katanya, orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian tidak menghulurkan bantuan.

“Saya amat terkejut kerana tiada sesiapa dari kedai kopi itu memberi pertolongan kepada anak saya.

“Sehingga dia berada dalam keadaan nazak barulah seseorang memanggil pegawai berdekatan di kaki lima,” luah ibunya.

BACA: Banduan Bunuh Rakan Satu Sel Didakwa

Suspek tidak melawan – polis

Sementara itu, jurucakap polis, Steve Addison berkata, pegawai polis yang sedang melakukan rondaan ketika itu dipanggil ke tempat kejadian kira-kira 5.40 petang hari yang sama.

Jelasnya, suspek akhirnya ditahan pegawai polis berkenaan namun tidak melawan.

Rentetan video itu tular, justeru orang ramai diminta tampil untuk membantu siasatan serta meneliti motif pembunuhan.

Gambar: New York Post

“Terdapat sejumlah besar saksi yang memberitahu mengenai apa yang berlaku. Apa yang kami fokuskan sekarang ialah mengapa kejadian ini berlaku.

“Apakah peristiwa yang sebenar hingga membawa kepada jenayah yang sangat serius ini?” katanya.

Dalam pada itu, Addison turut meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan video rakaman serangan itu di media sosial.

“Ia video grafik. Kami galakkan orang ramai untuk tidak berkongsi video itu.

“Sekiranya anda adalah saksi kejadian, sila tampil ke hadapan dan bercakap dengan penyiasat kami,” ujarnya.

Difahamkan suspek telah didakwa dengan pembunuhan tahap kedua, tetapi keluarga mangsa mahu pertuduhan itu dinaikkan kepada tahap pertama yang memerlukan bukti premedikasi.

Gambar: New York Post

Sumber: NY Post

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana