Siakap Keli
yakult telur tanaman
Kredit: FB MUspirah Samat, GenPi.co, Bernama

Sembur Dengan Campuran Yakult & Telur, Ini Tips Untuk Tanaman Berbuah Lebat

Sembur Dengan Campuran Yakult & Telur, Ini Tips Untuk Tanaman Berbuah Lebat

Setiap petani yang aktif menanam sayur-sayuran atau buah-buahan di rumah pastinya mahukan tanaman mereka segar dan ‘berhasil’ dengan cepat. 

Walau bagaimanapun, hasil yang memuaskan tidak akan terjadi sekiranya cara dan kaedah yang digunakan tidak sesuai dengan tumbuhan yang ditanam.

Pun begitu, penggunaan baja yang bagus turut memainkan peranan dalam menghasilkan tumbuhan yang sihat serta berbuah lebat.

Seorang pengguna media sosial bernama Muspirah Samat berkongsi kepada warga maya mengenai baja pembuatan sendiri setelah berhasil menjadikan tanamannya segar dan hidup.

Dalam perkongsian di Facebook, Muspirah memilih tanaman pokok limau kasturi untuk penggunaan baja Yakult, yang diamalkan olehnya sejak dari dulu.

Menurutnya, tidak rugi mempertimbangkan menanam pokok limau kasturi kerana jika dijaga dengan baik maka, hasilnya juga akan jadi meriah.

Limau kasturi banyak kegunaannya di dapur, lebih-lebih lagi buat mereka yang suka memasak. Bukan dalam makanan sahaja yang boleh digunakan namun ia juga boleh dijadikan sebagai minuman.

“Tak rugi tanam limau kasturi kerana ia berbuah sepanjang tahun.

“Lebat hingga menunduk batang. Sudah nak sama macam padi pun ada, makin berisi makin menunduk,” ujarnya di Facebook.

Muspirah berkata demikian selepas berhasil membuatkan pokok limau kasturi itu berbuah lebat sehingga ia mempunyai lebihan yang banyak.

Disebabkan ramai yang ingin tahu rahsia dan petua yang digunakan Muspirah untuk mendapat pokok limau kasturi yang berbuah lebat, dia berkata hanya dua bahan yang diperlukan.

Bahan tersebut ialah minuman probiotik iaitu Yakult dan juga telur.

BACA: Guna Cawan Polisterin Je, Ini Tips Pasang Langsir Nampak Lagi Kemas & Cantik

Tips pokok limau kasturi berbuah lebat

Kredit: FB Muspirah Samat

Petuanya mudah sahaja, ambil sebotol minuman Yakult dan dua biji telur kemudian campurkan kedua-dua bahan tersebut. Selepas itu, peram bahan campuran tersebut selama seminggu.

Setelah itu, nisbah yang diperlukan ialah untuk baja tersebut ialah air:baja Yakult iaitu 5:1.

Kredit: Sirap Limau

Setiap pagi selepas bangun tidur, anda boleh menyemburkan baja tersebut dan sekiranya tidak mempunyai masa, boleh semburkannya pada lewat petang.

Dengan cara yang konsisten, maka pokok tersebut akan menunjukan hasil yang sangat memberansangkan.

Kata Muspirah, dia melakukan penjagaan pokok mengikut kelapangan masa yang ada.

“Kadang baja sebulan sekali, siram air beras atau air basuhan ikan atau sembur baja Yakult.

“Lagi satu cuka kayu. Boleh campur sembur sekali pakej dengan baja Yakult,” jelasnya.

Sehubungan itu, dia turut meminta orang ramai yang telah mencuba tip ini untuk tampil memberikan maklum balas berkaitan baja Yakult yang diamalkan olehnya.

Sumber: FB Muspirah Samat

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana