Siakap Keli
bekas isteri tegar kahwin
Kredit: Tribun News

Bekas Isteri Penyanyi Tegar Umum Kahwin Kali Ketiga – Laporan

Bekas Isteri Penyanyi Tegar Umum Kahwin Kali Ketiga – Laporan

Setelah hampir setahun bercerai, bekas isteri kepada penyanyi Indonesia Tegar Septian, Sarah Sheilka didakwa telah bernikah lagi buat kali ketiga baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram seperti yang dilapor Tribun News, Sarah dan suaminya difahamkan sudah pun mendirikan rumah tangga pada 21 Mei lalu.

“21.05.23. It’s not a good number, but it’s a beautiful day,” tulisnya di kapsyen.

Sarah memuat naik gambar mengenakan baju pengantin berwarna putih, manakala lelaki pilihan hatinya pula menggayakan sut lengkap tuxedo.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut juga mendapat reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Rata-rata antara mereka mengucapkan sekalung tahniah kepada bekas isteri Tegar dan ada juga yang meninggalkan komen yang negatif susulan dengan keputusannya.

Difahamkan juga, pernikahan itu merupakan perkahwinan yang kali ketiga buat Sarah.

Perkahwinan Sarah dan Tegar

Imbas kembali, Sarah dan Tegar mendirikan rumah tangga pada Mac 2020, tetapi mahligai itu bagaimanapun tidak kekal lama dan akhirnya bercerai pada Jun tahun lalu.

Mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Sarah juga dilaporkan turut bernikah buat kali kedua dengan lelaki bernama Soehandi Widodo selepas berpisah dengan Tegar.

BACA: “Terima Kasih Untuk Lima Bulan Yang Indah…” – Shila Amzah & Ubai Berpisah?

Pilih untuk berpisah

Kredit: Instagram tegar_official

Penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu mengakui kehidupannya menjadi cacarmarba membuatkan dirinya pening.

Dia turut menyatakan dirinya terlalu penat lantas mengambil keputusan untuk berpisah bersama bekas isterinya.

Tegar juga menjelaskan dirinya mengalami tekanan sehingga kemurungan.

“Kawan-kawan, saya tidak lagi bersama dengan Sarah. Saya terlalu penat dan berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi.

“Saya minta maaf kerana saya bukan manusia yang sempurna.

“Kalau nak tahu, saya sememangnya pening dan tertekan memikirkan perkara ini.

“Saya memang seorang yang romantik di media sosial, tetapi kamu tidak tahu betapa peningnya saya,” memetik semula kata-kata Tegar pada 30 Jun 2022 lalu.

Dalam masa yang sama, dia juga mengatakan badannya mengalami penurunan berat dan kini telah menjadi kurus.

Hal ini kerana Tegar mengalami waktu yang sukar dalam mencari kerja dan perkara itu memberi kesan kepada dirinya.

“Anda harus tahu bahawa saya sentiasa berada di rumah. Saya sangat kurus kerana banyak fikir betapa susah cari duit,” jelasnya.

Sumber: Tribun News, @sarahsehilka/Instagram

BACA: Nak Tambah ‘Followers’ Punya Pasal, Trend Kongsi Tips Pelik Di Media Sosial Makin Menjadi-jadi?

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana