Siakap Keli
kenapa ayam berkokok setiap pagi
Kredit AFP

Bukan Nak Kacau Tidur, Ini Sebab Kenapa Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi

Bukan Nak Kacau Tidur, Ini Sebab Kenapa Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi

Ayam merupakan haiwan daripada keluarga unggas dan menjadi pilihan makanan protein utama bagi ramai penduduk dunia.

Disebabkan ia menjadi salah satu sumber makanan yang digemari, ramai orang telah memelihara ayam secara sendiri untuk mendapatkan hasilnya.

Selain dagingnya, telur daripada ayam juga dapat membekalkan sumber protein yang tinggi kepada mereka yang memakannya.

Jika anda pernah memelihara haiwan ini, pasti sering mendengar bunyi kokokan ayam jantan di waktu pagi.

Namun tahukah anda sebab apa ayam jantan sering berkokok?

Penulisan pada hari ini akan berkongsikan sebab kenapa ayam jantan berkokok pada waktu pagi.

Sebelum itu mari kita ketahui terlebih dahulu ciri ayam jantan. Ayam jantan berbeza dengan ayam betina dalam beberapa aspek.

Bukan sahaja tingkah laku, malah penampilan fizikal dua ayam ini juga berbeza. Ayam jantan dewasa mudah dibezakan kerana ia lebih besar daripada ayam betina dan mempunyai bulu ekor yang panjang.

Tingkah laku ayam jantan yang paling terkenal ialah dengan cara kokokannya. Ayam jantan mula berkokok pada usia sekitar lima bulan. Dalam tempoh ini juga ayam jantan akan mula matang dan mula menunjukkan ciri penampilan fizikal yang berbeza.

Macam mana ayam jantan boleh berkokok? 

Ayam jantan terkenal dengan kokokan mereka yang dikenali sebagai onomatopoeia ‘cock-a-doodle-doo’. Ayam jantan sering berkokok pada awal pagi bagi membangunkan orang yang sedap tidur.

Ayam jantan seperti kebanyakan haiwan dalam keluarga unggas yang lain berkomunikasi berdasarkan bunyi yang dihasilkan oleh mereka.

Kredit AFP

Inilah sebab mengapa burung mempunyai bunyi yang kompleks untuk berkomunikasi dengan burung yang lain.

Haiwan ini dapat mengeluarkan bunyi tersebut hasil daripada organ vokal yang dikenali sebagai syrinx dan otot yang mengelilinginya.

Anatomi vokal ayam jantan berbeza dengan manusia kerana mereka tidak mempunyai anak tekak seperti manusia.

Sebaliknya, mereka mempunyai syrinx di hujung trakea mereka dan ia disambungkan ke dua bronkus di mana udara yang disedut melalui organ tersebut.

Kenapa ayam berkokok pada waktu pagi?

Ayam berkokok pada waktu pagi kerana mereka mempunyai jam dalaman yang membantunya menjangka matahari terbit.

Seperti semua burung, ayam jantan menyanyi atau berkokok dalam kitaran harian mereka.

Hampir semua haiwan mempunyai kitaran aktiviti harian yang dikenali sebagai irama sirkadian yang mengikut kitaran siang dan malam.

Ayam jantan menjangkakan matahari terbit untuk memulakan pencarian makanan harian mereka dan pertahanan wilayah yang dikuasainya.

Selain itu, jika seekor ayam jantan dalam satu kawasan kejiranan yang mempunyai jalan dalaman yang berbeza, maka ia boleh merangsang ayam jantan lain untuk berkokok pada waktu yang sama.

Bunyi kokokan ayam jantan pada waktu matahari terbit sebenarnya adalah untuk menunjukkan penguasaan wilayahnya.

Apabila ayam berkokok, ia akan menghantar isyarat kepada ayam jantan lain bahawa jika mereka menceroboh kawasan itu maka ia akan mempertahankannya.

Ayam jantan selalunya akan berkokok dari tempat yang tinggi supaya dapat menyedarkan ayam jantan yang lain tentang kehadirannya.

Sementara itu, satu penyelidikan mendapati bahawa ayam berkokok dikawal oleh penjaga masa dalaman. Ia juga dipengaruhi oleh rangsangan luar seperti cahaya atau lain-lain.

Penyelidikan tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Current Biologi pada tahun 2013 oleh Tsuyoshi Shimmura dan Takashi Yoshimura dari Universiti di Jepun.

Selain itu, menerusi penyelidikan tersebut, mereka mendapati ayam jantan yang diletakkan di bawah keadaan cahaya malar akan tetap berkokok pada waktu subuh.

Kajian lepas mendapati bahawa pelbagai tingkah laku haiwan didorong oleh jam dalaman ini.

“Cock-a-doodle-doo melambangkan fajar di banyak negara,” kata pengarang kajian Takashi Yoshimura.

“Tetapi tidak jelas sama ada ia berkokok di bawah kawalan jam biologi atau hanya tindak balas kepada rangsangan luar,” tambahnya.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Ayam jantan juga dipercayai berkokok pada waktu lain di siang hari dan sebagai tindak balas cahaya serta kokokan bersama ayam yang lain. Namun penemuan tersebut menunjukkan tingkah laku itu lebih kuat terjadi pada waktu subuh.

Penemuan juga menunjukkan bahawa jam srikadian dalaman dan bukannya keadaan luaran yang mendorong tingkah laku setiap kali kokokan ayam dibuat.

Sumber: Animal Wised, Earth Sky, Live Science

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka