Siakap Keli
kelebihan sistem abs
Kredit: Financial Express

Tular Video Penunggang Sempat Brek Dari Rempuh Kereta, Ini Fakta Kelebihan Sistem ABS 

Tular Video Penunggang Sempat Brek Dari Rempuh Kereta, Ini Fakta Kelebihan Sistem ABS 

Tular di media sosial, seorang penunggang motosikal yang berjaya mengelakkan daripada terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya selepas beberapa kereta brek secara mengejut.

Tindakan cekap penunggang motosikal itu meraih perhatian warga maya sekali gus pujian diberikan terhadapnya kerana menangani masalah itu dengan tenang selain kemahiran menunggang yang hebat.

Gambar: Tangkap layar video tular

Selain daripada kemahiran penunggang itu, sebenarnya terdapat satu lagi perkara yang membantu dia terselamat daripada terlibat dengan kemalangan yang mengejut.

Motosikal yang ditunggang itu mempunyai satu sistem yang dikenali Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Locking Braking System yang membantu mengelakkan roda kereta dan motosikal terkunci dan meningkatkan kawalan stereng (atau handle) semasa membrek serta kawalan cengkaman.

Penting untuk mengetahui mengenai ABS kerana sekiranya berada dalam situasi kecemasan di mana roda kereta atau motosikal terkunci (berhenti berputar), semestinya kenderaan itu akan hilang kawalan.

Akan tetapi, dengan adanya ABS kawalan stereng dan handle akan lebih terkawal yang menghalang pemandu dan penunggang menghentam sesuatu objek statik seperti pokok atau penghadang jalan.

Macam mana nak tahu kereta ada ABS?

ABS ini kebiasaannya akan ada pada kereta yang dihasilkan 10 tahun lepas. Untuk memeriksa ABS itu, hidupkan enjin kemudian lihat pada lampu atau simbol yang ada pada dashboard dan cari simbol ABS atau Antilock di bahagian itu.

Orang ramai juga boleh memeriksa ABS dengan membuka enjin di bahagian hadapan.

Bagaimana nak tahu ABS bekerja?

Jadi sebenarnya, dalam situasi kecemasan apa yang perlu dilakukan oleh pemandu yang membawa kenderaan yang mempunyai ciri ABS dan bagaimanakah ia berfungsi?

Biarpun ramai yang beranggapan mereka mampu untuk melakukan brek tanpa pertolongan ABS namun, keupayaan ABS adalah lebih hebat daripada melakukan brek secara sendiri.

Kredit: PanduLaju

ABS mampu untuk mengepam tayar 15 kali dalam sesaat dan tiada yang dapat menandingi kehebatan sistem itu, kecuali mereka yang mempunyai ‘kuasa’ yang luar biasa.

Untuk pengetahuan, sistem ABS dibuat berdasarkan pelumba dahulu yang melakukan prembrekan rentak (cadence braking) untuk menghalang roda mereka terkunci.

Kalau nak tahu, pelumba zaman dahulu akan mengepam pedal brek dengan cara yang cepat dan disebabkan itu ia dibangunkan sebagai sistem mekanikal untuk kapal terbang pada tahun 1940-an.

Untuk nak lagi faham, sistem ABS ini berfungsi di mana cengkaman pada roda dalam melepaskan brek secara berperingkat selepas ia mengesan kondisi brek terkunci ketika membrek dalam keadaan kecemasan atau mengejut.

Dalam pada itu, ia juga mempunyai sensor roda yang memantau putaran roda yang membantu mengenal pasti bila ia patut diaktifkan.

Sensor itu bertindak untuk memerhatikan kelajuan roda yang kemungkinan secara tiba-tiba bergerak perlahan disebabkan oleh tekanan daripada pedal brek.

Secara ringkas, ABS itu akan mengawal brek ketika pemandu dilihat menghampiri kondisi terkunci. Semasa tekanan dilepaskan ke atas brek, ia akan berputar sedikit, semakin brek ditekan kemudian dilepaskan dan tekanan naik semula, kereta akan berhenti.

BACA: “Badan Jangan Bongkok,” Pemuda Beri Tips Merentas Desa Supaya Tak Rasa Penat

Cara mengetahui ABS berfungsi

Kredit: PanduLaju

Untuk mengetahui cara ABS ini berfungsi pada kereta, pemandu akan terasa sedikit gegaran atau getaran pada pedal brek. Itu berlaku ketika berhadapan dengan situasi kecemasan yang membolehkan ABS itu aktif.

Jadi tidak perlu untuk memberi tekanan ke atas brek berulang kali jika kereta mempunyai ABS. Pemandu hanya perlu menekan pedal brek sekali sahaja mengikut keadaan sehingga berhenti.

Salah satu kepentingan ABS ini ialah ia dapat mengelakkan kereta daripada berpusing sekiranya permukaan jalan tidak sekata. Seperti yang dinyatakan, sistem ABS tersebut dapat mengawal tekanan brek dan memastikan kereta bergerak dalam keadaan lurus walaupun jalan tidak sekata.

Betul ke berkesan?

Kredit: Track Days

Keberkesanan ABS dapat dilihat dalam satu kajian yang dijalankan selama 11 tahun oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat.

Pemandu yang dilihat menggunakan ABS dalam kemalangan bukan maut telah berkurangan sebanyak 6 peratus bagi kereta biasa dan sebanyak 8 peratus bagi kenderaan taktikal ringan (Light Tactical Vehicle – LTV).

Manakala, motosikal yang dilengkapi dengan ABS juga mempunyai peratusan sebanyak 37 peratus, berkemungkinan tidak terlibat dalam kemalangan maut, menurut kajian oleh Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS).

Kredit: Track Days

Pemilik kenderaan juga perlu faham mengenai tujuan utama ABS. Ia sebenarnya bukan membantu untuk membuatkan kenderaan berhenti dengan lebih pantas tetapi lebih untuk membantu pemandu mengekalkan kawalan kenderaan dalam situasi brek berat.

Kenderaan yang dilengkapi ABS biasanya mengalami jarak hentian yang lebih pendek daripada yang tiada.

Adakah cuaca mengganggu keberkesanan ABS?

ABS telah terbukti dapat mengurangkan risiko terhempas apabila digunakan pada permukaan jalan biasa seperti bitumen dan konkrit.

Tetapi hasilnya agak berbeza pada permukaan seperti sajli, ais dan kerikil di mana jarak brek sebenarnya ditingkatkan. Ketika keadaan bersalji, roda yang tergelincir atau terkunci akan membina serpihan salji membantu kenderaan berhenti.

Manakala ABS pula, ia mengesan penguncian roda dan cuba menghentikan sebarang tergelincir atau terkunci daripada beku.

Begitu juga di atas ais, ABS boleh menjadi halangan daripada manfaat tersebut kerana batasan sistem. ABS berfungsi dengan mengesan dan membandingkan penguncian pada roda individu.

Bermaksud kereta atau motosikal yang terkunci pada roda secara serentak tidak akan membuatkan ABS berfungsi. Sekiranya ABS gagal, pemandu perlu mengepam brek secara manual.

Saksikan video di bawah ini untuk penjelasan penuh.

Video tentang kejadian penunggang motosikal brek tadi boleh ditonton di bawah:-

Sumber: Pandu Laju, Track Days, Hasbullah Syarah/Youtube

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana