Siakap Keli
sarimah ibrahim nama
Kredit: @sarimahibrahim/Instagram

Sarimah Ibrahim Bangga Nama Sendiri Walau Dianggap ‘Old Skool’

Sarimah Ibrahim Bangga Nama Sendiri Walau Dianggap ‘Old Skool’

Mempunyai ciri klasik, selebriti dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa bangga dengan namanya sendiri walaupun dianggap seperti gaya lama.

Dalam satu ciapan di platform X, selebriti berusia 43 tahun itu mengatakan nama yang dikurniakan kedua ibu bapanya adalah aset utama dalam kehidupannya.

Beliau juga tidak menafikan mempunyai nama klasik agak mencabar kerana sering dianggap ketinggalan zaman oleh orang ramai.

Pun begitu, nama Melayu itulah yang mendorongnya untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan selain masih kekal mencipta nama dalam industri tanah air.

“Salah satu aset utama saya dikurniakan dan bersyukur dengan adalah nama saya yang Melayu tradisional.

“Nama yang dulu ramai kata tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’.

“Tetapi anda tahu tak nama saya inilah yang membantu saya bangun dan kekal dalam industri (hiburan) kita,” katanya dalam satu ciapan pada Isnin.

Sarimah kemudiannya menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang hidupnya dalam ciapan yang sama.

Jelasnya, beliau lancar berbahasa Melayu selepas ibu bapanya menghantarnya di salah sebuah sekolah kebangsaan.

“Alhamdulillah saya masuk sekolah kebangsaan bila membesar jadi saya belajar dengan lancar Bahasa Melayu,” ujarnya.

Menurut Sarimah, bagi mereka yang mahu menceburi industri hiburan, individu itu mestilah mempunyai sifat positif, yang boleh membantu meningkatkan kualiti diri dan juga nama sendiri.

BACA: “Minum Dua Liter Air Kosong..,” Kekal Cantik Di Usia 43 Tahun, Sarimah Ibrahim Kongsi Rahsia Awet Muda

Beliau turut menasihatkan supaya orang ramai untuk sentiasa bekerja keras mencipta nama selain menyemai nilai-nilai murni kepada awam.

Sarimah menjelaskan dengan cara tersebut, ia akan membantu individu menghadapi cabaran yang lebih besar di dalam kehidupan.

“Jangan sesekali memandang rendah terhadap sesiapa. Tetap rendah diri. Minta maaf apabila anda melakukan kesalahan. Teruskan kehidupan dan buat lebih baik.

“Begitulah cara anda ‘bersedia’ untuk dunia hiburan. Mulakan dari bawah dan bekerja keras.

“Anda boleh melakukannya,” ujarnya.

Sumber: @sarimahi/Twitter

Nurhanis

noktah