Siakap Keli
pengantin oku nikah
Kredit: @abesolution9911/TikTok

“First Time Tengok,” Tular Detik Pengantin OKU Lafaz Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“First Time Tengok,” Tular Detik Pengantin OKU Lafaz Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat 

Setiap individu di atas muka bumi ini telah dijanjikan pasangan hidup, sama ada cepat atau lambat waktunya pasti akan tiba, dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Topik mengenai rumah tangga adalah perkara yang disukai orang ramai kerana ia juga amat digalakkan dalam Islam untuk mencegah maksiat.

Selalunya, kita sering ‘dihidangkan’ dengan detik-detik orang ramai bernikah namun jarang sekali melihat video Orang Kurang Upaya (OKU) melakukan akad nikah, kemungkinan ada tetapi tidak disiarkan di media sosial.

Bagaimanapun, pada kali ini seorang individu OKU menjadi tular di media sosial selepas video dia melafazkan akad nikah mengahwini wanita pilihan hatinya di dalam sebuah masjid meraih perhatian ramai.

Video tersebut dimuat naik oleh @abesolution9911, yang merupakan jurugambar pengantin lain, yang kebetulan menyaksikan momen unik itu di masjid tersebut.

Menerusi video tersebut memaparkan bakal pengantin melakukan sesi ijab dan kabul bersama tok kadi menggunakan bahasa isyarat dengan pertolongan penterjemah.

Menurut @abesolution9911 jurubahasa pengantin tersebut bukan ibu kepada pengantin dan pasangan.

“Dua kali pengantin lelaki akad, kali kedua baru sah. Pengantin itu nampak gugup walaupun guna bahasa isyarat,” katanya kepada Siakap Keli.

Pada permulaan video, tok kadi sedang melafazkan ijab sebelum bakal pengantin meneruskan lafaz qabul menggunakan bahasa isyarat.

Semasa lafaz ijab dilakukan oleh tok kadi, lelaki tersebut dengan tekun melihat terjemahan yang dilakukan oleh penterjemah untuk memastikan butiran yang disebutkan adalah benar.

Tok kadi kemudiannya menyebutkan namanya beserta nama pasangan dan jumlah mas kahwin sambil memegang tangan lelaki itu.

Setelah lafaz tersebut habis diucapkan, maka tiba waktu lelaki itu mengatakan ijab qabul menggunakan bahasa isyarat.

Dalam video berdurasi 40 saat itu, lelaki tersebut kelihatan gementar dan mengambil masa dalam melakukan bahasa Isyarat.

Pun begitu, dia berjaya menyampaikan lafaz tersebut dan difahami oleh penterjemah walaupun dalam keadaan gugup.

Kredit: @abesolution9911/TikTok

Sementara itu, penterjemah memegang mikrofon untuk mengatakan apa yang disampaikan oleh lelaki tersebut kepada tok kadi.

“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut,” kata penterjemah tersebut seperti yang disampaikan lelaki itu.

BACA: Ustazah Lombok Nikahi Jejaka Belgium Lepas Istikharah 7 Kali

Komen warga maya

Perkara tersebut mendapat perhatian ramai dengan rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Video tersebut meraih tontonan sebanyak 4.3 juta setakat artikel ini ditulis.

“Saya hadir majlis mereka, sangat comel. Tahniah Yuyu dan Hakim, semoga berbahagia sehingga jannah amin,” komen warga maya.

“Comel bila tengok kegigihan dia untuk akad nikah wanita pilihannya,” kata netizen lagi.

“Tak kira siapa kita, kita berhak berbahagia. Tahniah semoga berbahagia hingga ke jannah,” seloroh warga maya.

@abesolution9911

Solute juruterjemaah dia berusaha utk Translate dr khutbah akad nikah smpai hbis

♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari

Sumber: @abesolution9911/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana