Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahli Bina Badan, Suharwardi Dahlan Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
Suharwardi Dahlan Meninggal
Gambar: Sinar Harian

Ahli Bina Badan, Suharwardi Dahlan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR — Ahli bina badan, Suharwardi Dahlan, 28, dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung sehari selepas bertanding dalam sebuah acara, lapor Astro Awani.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bina Badan Miri di Facebook pada Isnin.

BACA: Pelakon Pirates Of The Caribbean, Tamayo Perry Maut Diserang Jerung

Memetik Astro Awani, Suharwardi dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan kecemasan namun dipercayai meninggal dunia di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri kira-kira jam 3 pagi Isnin.

Sementara itu, Persatuan Bina Badan Miri berkata pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar dalam sukan bina badan kerana Suharwardi dianggap mempunyai masa depan cerah.

Untuk makluman, Allahyarham pernah mewakili Miri dalam pertandingan Mr Sarawak 2024.

Sumber: Astro Awani

BACA JUGA: Pelakon Veteran, Kamal Bakar meninggal Dunia