Siakap Keli
rakan Zhang Zhi Jie sebak
Sumber: yufeidiary via TikTok

China Muncul Juara, Rakan Sebak Bawa Jersi Zhang Zhi Jie Naik Podium Ambil Pingat

China Muncul Juara, Rakan Sebak Bawa Jersi Zhang Zhi Jie Naik Podium Ambil Pingat

Pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Insiden malang itu berlaku ketika pertemuan antara China menentang Jepun dalam aksi Kumpulan D di GOR Among Raga.

Menurut laporan Siakap Keli sebelum ini, ketika kejadian pemain berusia 17 tahun itu sedang menentang Kazuma Kawano sebelum rebah dalam keadaan tertiarap di atas gelanggang.

Zhi Jie kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.20 malam (waktu tempatan).

Rakan sepasukan Zhang Zhi Jie tak mampu menahan rasa sebak ketika naik podium

Walaupun berduka dengan insiden yang menimpa rakan sepasukan, namun ia tidak mematahkan semangat juang China yang berjaya muncul sebagai juara kejohanan tersebut.

Menurut portal China Daily, pasukan remaja China berjaya menewaskan Korea Selatan dengan kemenangan 3-1 dalam perlawanan akhir.

Begitupun, mereka ternyata tidak dapat menahan sebak ketika dipanggil naik ke podium untuk meraikan kemenangan tersebut.

Pasukan badminton China bawa jersi milik mendiang Zhang Zhi Jie ke atas podium

Dalam video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, @yufeidiary, pasukan itu memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang dengan membawa jersinya naik ke podium dalam acara penyampaian pingat.

Menerusi video berdurasi 59 saat berkenaan, rakan sepasukan mendiang dilihat sebak sehingga ada yang menitiskan air mata.

Terdahulu, pemergian mendiang ternyata mengejutkan dunia terutamanya dalam kalangan komuniti sukan badminton. Apatah lagi mendiang dianggap sebagai prospek masa depan China dalam sukan berkenaan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut menzahirkan rasa sedih di atas kehilangan bakat badminton yang semakin meningkat naik itu.

Malah, persatuan itu kini turut menjalankan satu siasatan dan menilai semula protokal tindak balas kecemasan yang diguna pakai semasa kejohanan berlangsung.

BACA: Hilang Dari Pusat Jagaan: Kanak-kanak, Remaja Ditemukan Selamat Di Melaka

BACA: Bakal Dilaksanakan Mulai 1 Ogos, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang E-Invois LHDN

@yufeidiary

moment podium AJC 2024, tim China turut membawa jersey mendiang Zhang Zhijie ke podium untuk penyerahan piala dan hadiah.🥀 Rest In Peace Zhang Zhijie ❤️ cr video : @.sabvirgo_87 (twitter) #badminton #badmintonchina🇨🇳 #zhangzhijie #ajc #asianjuniorchampionship2024

♬ Sepenuh Hati – Rony Parulian & Andi Rianto

BACA: Macam Mana Nak Tahu Komen Kita Ada ‘Hate Speech’, Jaga-jaga 3 Unsur Ini Sebelum Korang ‘Dipantau’

Sumber: yufeidiary via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.