Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
pembayaran bersama produk insurans
Kredit: BERNAMA

Produk MHIT Yang Telah Dibeli Tanpa Ciri Pembayaran Bersama Boleh Kekal Digunakan – BNM

Azizah Najib

Produk MHIT Yang Telah Dibeli Tanpa Ciri Pembayaran Bersama Boleh Kekal Digunakan – BNM

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan akan mewajibkan penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) menawarkan ciri pembayaran bersama.

Ciri ini akan dikuatkuasakan bermula 1 September 2024.

Berikutan itu, berlaku kekeliruan berkenaan pelaksanaan ini dalam kalangan pengguna produk sedia ada serta mereka yang dalam perancangan untuk melanggan produk insurans perubatan dan kesihatan dan takaful (MHIT).

Menurut BNM, pengguna yang telah membeli produk MHIT tanpa ciri ini boleh mengekalkan produk MHIT sedia ada mereka.

Pihak ITO juga dibenarkan untuk terus menawarkan produk MHIT tanpa ciri-ciri pembayaran bersama kepada pengguna baru. Dengan cara ini, pengguna baru boleh membuat pilihan untuk membeli produk dengan ciri pembayaran bersama atau tanpa ciri tersebut.

BACA: COVID-19: Tiada Lagi Perintah Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

Hal ini sekaligus membolehkan pengguna memilih produk MHIT pada kos yang lebih rendah berdasarkan kemampuan kewangan dan keperluan mereka.

“ITO juga dikehendaki menawarkan pelbagai tahap pembayaran bersama yang memenuhi keperluan kewangan dan situasi pengguna yang berbeza-beza.

“Pembayaran bersama juga tertakluk pada had maksimum yang ditetapkan oleh ITO bagi mengehadkan jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh pemilik polisi atau peserta takaful,” jelas BNM di laman sesawang rasmi.

Syarat pembayaran bersama produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan

Dalam pelaksanaan ini, pengguna perlu tahu terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak ITO iaitu keadaan yang pembayaran bersama tidak terpakai dan penggunaan budi bicara ITO.

BACA: PRK Sg Bakap: 16.74 Peratus Sudah Mengundi Setakat 10 Pagi

BNM turut menjelaskan tiga keadaan yang pembayaran bersama ini tidak terpakai iaitu ketika rawatan kecemasan termasuk kes kemalangan, rawatan pesakit luar bagi rawatan susulan penyakit kritikal seperti kanser atau dialisis buah pinggang dan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan.

Berkenaan budi bicara ITO, pihak ITO perlu memberi pertimbangan sewajarnya tentang kesulitan kewangan atau keadaan yang dihadapi pemilik polisi atau peserta takaful.

BNM turut menjelaskan tujuan pelaksanaan ciri pembayaran bersama ini bagi membendung inflasi kos perubatan di Malaysia. Perkara ini dapat dijalankan dengan mengawal penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berlebihan.

“Langkah ini dilaksanakan bersama-sama pembaharuan perkhidmatan penjagaan kesihatan lain yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan yang telah diterbitkan oleh Kerajaan.

“Ini termasuk meningkatkan ketelusan kos perubatan supaya pengguna dapat membuat pilihan yang sesuai apabila mendapatkan perkhidmatan kesihatan serta mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, BNM juga berkata produk MHIT dengan ciri-ciri pembayaran bersama bukanlah sesuatu yang baharu dalam pasaran Malaysia.

“Berdasarkan pemerhatian semasa, tahap premium/sumbangan untuk produk MHIT dengan ciri-ciri pembayaran bersama didapati lebih rendah sebanyak 19% hingga 68% berbanding dengan produk yang serupa tetapi tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.

“Tahap premium/sumbangan ini bergantung pada tahap pembayaran bersama yang dipilih,” katanya lagi.

Sumber: Bank Negara Malaysia

BACA: Macam Mana Sukan Bola Sepak Bermula? Ini Sejarahnya Yang Perlu Anda Tahu