Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gelagat Nabil Ahmad Guna ‘Kabel’ Bergambar Dengan Lee Zii Jia Curi Perhatian Ramai
Gelagat penyampai radio dan pengacara popular, Nabil Ahmad, menggunakan ‘kabel’ untuk curi-curi bergambar dengan Lee Zii Jia berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video ERA, Nabil dilihat bersama ahli keluarga Zii Jia di lapangan terbang, menanti ketibaan pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik itu.
Tindakan Nabil menggunakan nenek Zii Jia sebagai ‘kabel’ untuk menarik perhatian pemain badminton negara itu terbukti berkesan.
Zii Jia segera mendekati neneknya, dan Nabil tidak melepaskan peluang keemasan melaksanakan misi bergambar dengan atlet berusia 26 tahun itu.
“Yes! Yes! Menggunakan ‘kabel’ nenek, kita berjaya!” kata Nabil yang kelihatan teruja selepas berjaya mengambil gambar bersama Zii Jia.
Selain itu, Nabil turut menyambut kepulangan beregu badminton lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, yang juga membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia.
Dalam perkongsian video ERA yang lain, Nabil kelihatan turut berpeluang mengambil gambar bersama mereka.
Difahamkan, Nabil terpaksa berkejaran dari balai ketibaan antarabangsa ke domestik sebanyak dua kali untuk menanti ketibaan hero negara itu sebelum ketiga-tiga mereka muncul di balai ketibaan domestik.
“Terima kasih banyak kepada semua yang menunggu kami sejak pagi tadi. Dari balai ketibaan antarabangsa ke domestik, domestik ke antarabangsa, dan kembali semula, sangat berbaloi, puas hati. Ini untuk Malaysia,” ujarnya lagi.
Lee Zii Jia berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen, dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, dengan skor 16-21, 22-20, 21-19 untuk meraih pingat gangsa.
BACA: “Sangat Bangga,” Michelle Yeoh Ucap Tahniah Kepada Zii Jia, Aaron & Wooi Yik
BACA: Kenali Lee Zii Jia, Pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Lelaki Olimpik 2024
BACA: Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga, Kini Duduk Ranking Ke-6 Dunia
Sumber: ERA via TikTok, Sinar Harian