Siakap Keli
Wanita Diragut Diseret
Gambar: Istimewa/Detik.com

Wanita Diragut, Diseret Sejauh 100 Meter Ketika Kejar Peragut

Wanita Diragut, Diseret Sejauh 100 Meter Ketika Kejar Peragut

JAKARTA — Seorang wanita di Kota Bogor diseret sejauh 100 meter ketika cuba mengejar peragut yang melarikan dompet dan telefoon bimbitnya dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, lapor Detik.com.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Bogor, Komisioner Luthfi Olot hari ini berkata mangsa ketika itu sedang membawa ibunya membeli-belah sayur di tempat kejadian sebelum menjadi mangsa ragut.

Tambah Luthfi, ketika mangsa yang berusia 27 tahun itu dan ibunya sedang memilih sayur untuk dibeli, peragut datang dan mencuri dompet serta telefon bimbit mangsa.

“Siasatan awal mendapati, mangsa masih belum membuat laporan polis.

“Kita telah mengarahkan anggota untuk ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mencari identiti mangsa,” kata lutfhi

Dalam pada itu, saksi yang juga penduduk tempatan pada awalnya menyangka mangsa sedang bertengkar dengan suaminya.

“Kejadian berlaku semalam lebih kurang jam 12.30, selepas azan zohor. Mangsa datang ke sini (gerai) untuk beli sayur dengan ibunya menaiki motosikal,” kata seorang peniaga sayur, Aden, 24 ketika ditemui di lokasi kejadian.

BACA JUGA: Polis Masih Kesan Anggota Badan Mayat Cikgu Istiqomah

Penjaga parkir, Yudi, 51, ketika ditemui mengakui ternampak mangsa mula memegang motosikal penjenayah sehingga terseret di atas jalan.

Dia cuba untuk membantu mangsa untuk menahan menahan peragut namun lelaki itu terus memecut dengan motosikalnya.

“Saya fikir mangsa adalah isteri dia (suspek). Dia tidak jerit minta tolong apa-apa ketika pegang motosikal si suspek.

“Saya kasihan selepas melihat mangsa diseret tetapi dia tetap memgang motosikal suspek. Pada awalnya dia tidak meminta tolong, jadi saya melihat kejadian sebelum cuba membantu mangsa yang diseret,” ujarnya.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup CCTV tular, mangsa seorang wanita bertudung telah diseret oleh seorang individu yang dipercayai peragut.

Bagaimanapun, suspek sehingga kini masih belum diberkas.

Sumber: Detik.com, Tribunnews.com 

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

BACA JUGA: Dua Remaja Diarah Bela Diri Atas Pertuduhan Asal Membunuh Mohammad Aimin

BACA JUGA: Keluarga Mahukan Keadilan, Hukuman Setimpal Terhadap Pembunuh Istiqomah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.