Siakap Keli
founder famous amos meninggal dunia
Sumber: CNN

Founder Jenama ‘Cookies’ Terkenal Famous Amos, Wally Amos Meninggal Dunia

Founder Jenama ‘Cookies’ Terkenal Famous Amos, Wally Amos Meninggal Dunia

Wally Amos, founder (pengasas) kepada jenama biskut terkenal, Famous Amos, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh anak-anak beliau, menyatakan bahawa punca kematian adalah komplikasi akibat demensia.

“Beliau adalah seorang wira asli Amerika yang sejati.

“Dengan topi Panama, kazoo, dan semangat optimisme yang tidak pernah pudar, Famous Amos merupakan satu kisah kejayaan besar di Amerika.

Ia juga sumber kebanggaan bagi komuniti kulit hitam,” menurut kenyataan tersebut anak-anak beliau.

BACA: Pernah ‘Jatuh Terduduk’, Lelaki Kongsi Nasihat Arwah Ibu Tentang Rezeki Buat Ramai Sebak

Pada tahun 1975, Amos membuka sebuah kedai di Sunset Boulevard, Los Angeles, di mana kedainya menjual biskut coklat cip bersaiz kecil yang pada ketika itu dikatakan rasanya “unik”.

Menurut laman web syarikat tersebut, resipi biskut tersebut diambil daripada resipi keluarga, dan kedainya menarik minat ramai selebriti dan pemuzik Hollywood.

Berasal dari Tallahassee, Florida, Amos menyatakan bahawa Famous Amos bukan sekadar satu perniagaan baginya.

Dalam satu temu bual dengan Detroit Black Journal pada tahun 1991, Amos menyatakan bahawa beliau mula membuat biskut hanya untuk mencari nafkah dan gembira dengan apa yang dilakukan.

“Saya mula membuat biskut hanya untuk mencari rezeki dan gembira dengan apa yang saya lakukan,” katanya dalam temu bual tersebut.

Dari situ, beliau mencipta sebuah empayar biskut.

Tambahnya, beliau tidak memasuki perniagaan biskut untuk mendapatkan lebih banyak duit.

“Saya cuma mahu melakukan sesuatu yang saya suka, dengan cara yang saya inginkan, sambil berseronok melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Amos juga merupakan seorang figura dalam budaya pop Amerika Syarikat.

Beliau terkenal dengan penampilan cameo dalam sitkom “The Office” yang menerima sambutan meriah daripada barisan pelakon.

Sebelum itu, beliau juga pernah muncul dalam rancangan “The Jeffersons” dan “Taxi”.

Pada tahun 1988, Amos menjual jenama biskutnya kepada sebuah kumpulan ekuiti swasta selepas mengalami kesulitan kewangan selama beberapa tahun.

BACA: Olimpik LA 2028: Ini 5 Sukan Baru Yang Akan Dipertandingkan

BACA: Terkilan Gagal Bawa Pulang Pingat, Air Mata Azizulhasni Gugur Juga

Sumber: CNN

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.