Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ayah nidza afham reda
Gambar: BERNAMA

Reda Dengan Pemergian Anak Walaupun Bukan Pengakhiran Diharapkan – Ayah Nidza Afham

Azizah Najib

Reda Dengan Pemergian Anak Walaupun Bukan Pengakhiran Diharapkan – Ayah Nidza Afham

KLANG, 14 Ogos (Bernama) — Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.

Mokhtar Mahmud, 57, berkata saat melaungkan azan di Jambatan Kota di Klang petang tadi hatinya masih kuat menginginkan anaknya itu pulang ke rumah dengan selamat.

“Masa azan petang tadi saya harap Am (nama panggilan Muhammad Nidza Afham) dijumpai (dengan selamat), namun saya reda dengan pemergian beliau.

BACA: Mayat Ditemui Di Sungai Disahkan Sebagai Nidza Afham – KP Selangor

“Itu memang Am (ketika diminta membuat pengecaman), anak lelaki saya,” kata guru Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya di Shah Alam itu.

Mokhtar berkata beliau bergegas ke lokasi penemuan mayat anaknya itu selepas menerima panggilan daripada ahli keluarga pada 7.30 petang tadi.

“Tiba di lokasi, ahli keluarga mengesahkan bahawa jasad itu adalah anak saya berdasarkan wajah dan baju yang dipakainya,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di lokasi mayat ditemukan iaitu berdekatan Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah di sini.

BACA: Pilu, Suami Meninggal Dunia Selepas Dua Minggu Isteri Dijemput Ilahi

Mokhtar memaklumkan kali terakhir beliau berjumpa dengan anak kelima daripada tujuh beradik itu ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anak lelakinya bulan lepas.

“Petang semalam, Am ada menghubungi saya untuk memberi sejumlah wang saku. Saya masih terkejut dengan kejadian ini, namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Mokhtar berkata beliau menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan lanjut dan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Puncak Alam, Kuala Selangor.

BACA: Polis Sah Terima Laporan Kehilangan Muhammad Nidza Afham

Sebelum ini, Muhammad Nidza Afham dikatakan keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangannya disedari pada 9 malam semalam.

Adiknya Afrina Hanie mendakwa kehilangan abangnya berkaitan dengan kes samun susulan kad debit dan wang tunainya hilang manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet tidak terusik ketika ditemui di atas Jambatan Sungai Klang.

Sumber: BERNAMA