Dua Mayat Ditemui Dalam Longkang Di Belakang Bangunan Terbiar
Dua mayat ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada Isnin.
Mangsa-mangsa tersebut ditemui terbaring bersebelahan dengan kesan kecederaan yang jelas kelihatan, namun identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Salah seorang mangsa ditemui dalam keadaan terlentang, manakala mangsa kedua dijumpai dalam keadaan tertiarap.
Sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bersama Unit Anjing Pengesan (K-9) segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
Proses siasatan di lokasi tersebut selesai pada jam 8.50 malam, lapor Sinar Harian.
Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, telah mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau juga memaklumkan bahawa satu kenyataan rasmi berhubung kes ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
BACA: Kanak-Kanak Orang Asli Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia
BACA: Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar
BACA: Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang
Sumber: Sinar Harian