Tak Pernah Diraikan, Aktivis Sambut Ulang Tahun Anak Yatim Buat Ramai Sebak
Hari ulang tahun kelahiran adalah detik istimewa yang sering dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.
Bukan sekadar menandakan bertambahnya usia, sambutan ini menjadi peluang untuk mencipta kenangan manis bersama keluarga dan sahabat handai.
Bagi sesetengah individu, sambutan ulang tahun adalah cara untuk memperingati dan menghargai kehadiran seseorang dalam kehidupan mereka.
Ia adalah detik di mana perhatian khusus diberikan kepada individu yang diraikan, menunjukkan betapa pentingnya mereka kepada orang di sekeliling.
Malangnya, tidak semua orang berpeluang merasai momen indah ini.
BACA: Video Bapa Sering Tawar Diri Mahu Ikut Tiap Kali Anak Keluar Rumah Raih Perhatian
Baru-baru ini, sebuah video menyayat hati telah menarik perhatian ramai di laman TikTok, dikongsikan oleh seorang pemuda bernama Saharuddin Amirullah yang juga seorang aktivis.
Video tersebut memaparkan bagaimana dia menyambut ulang tahun seorang anak yatim bernama Mazlan.
Mazlan, seorang anak yang tabah, telah kehilangan ibunya pada usia yang masih muda.
Dia kini memikul tanggungjawab besar menjaga abang dan kakaknya yang istimewa (mengalami masalah penglihatan).
Walaupun hidupnya penuh dengan cabaran, Mazlan tetap berusaha kuat demi keluarga kecilnya.
“Sejak ibunya meninggal dunia, dia yang masih muda perlu kuat demi menjaga abang dan kakaknya yang istimewa.
“Semoga terus kuat ya, Mazlan. Abang bangga sama kamu,” tulis Saharuddin dalam hantaran tersebut.
Apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila Mazlan ditanyakan tentang kali terakhir dia menyambut hari lahirnya, dan dia menjawab bahawa ini adalah kali pertama dia menyambutnya.
“Baru hari ini…,” kata Mazlan dengan linangan air mata.
Dalam video itu, jelas kelihatan Mazlan tidak dapat menahan kesedihannya.
Tangisan yang selama ini dipendam akhirnya dilepaskan.
Menurut Saharuddin, Mazlan bukan hanya menanggung beban fizikal, tetapi juga emosi, kerana dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri demi menjaga abang dan kakaknya.
Saharuddin juga memeluk Mazlan, memberikan sokongan moral kepadanya, sambil Mazlan cuba mengukir senyum di wajahnya yang masih dibasahi air mata.
Video ini bukan sekadar sebuah rakaman biasa, tetapi ia mengingatkan kita betapa pentingnya perhatian dan kasih sayang dalam hidup seseorang, terutama mereka yang memerlukan.
Mazlan mungkin tidak pernah menyambut hari lahir sebelum ini, tetapi dengan kehadiran Saharuddin dan kumpulan aktivisnya, dia akhirnya dapat merasai sedikit kegembiraan yang selama ini mungkin hanya sebuah ‘impian’.
Semoga kisah Mazlan menjadi inspirasi kepada kita semua untuk lebih peka dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan.
BACA: Elak Keracunan, Ini Tip Penting Beli, Simpan & Masak Telur
BACA: Panaskan Baki Nasi Boleh Sebabkan Keracunan, Ini Tip Penting Yang Anda Perlu Tahu
Sumber: Saharuddin Amirullah via TikTok