Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Muncul Di “IG” Fifa, Bekas Penyerang Negara Safee Sali Raih Perhatian Warga Maya
Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali menjadi perhatian ramai apabila foto pemain itu dimuat naik dalam di laman rasmi Instagram Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) beberapa hari lalu.
Dalam hantarahan berkenaan, FIFA memuat naik beberapa foto Safee Sali ketika beliau sedang beraksi di atas Padang.
“Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada!” tulis persekutuan bola sepak dunia itu.
Pun begitu, hantaran tersebut dipercayai hanya dapat dilihat oleh server Malaysia sahaja.
Namun, ia sudah membuktikan bahawa negara seperti Malaysia juga mampu melahirkan penyerang-penyerang berbisa seperti Safee Sali.
Susulan itu, ia telah menarik perhatian orang ramai termasuk pemain sosok legenda bola sepak negara itu.
Safee atau dikenali sebagai Super Safee meluahkan rasa bangga selepas nama ‘dipetik’ oleh FIFA menerusi akaun Instagramnya.
“Sekarang saya berharap dan berdoa kita mampu melahirkan pelapis dan bakat yang lebih baik daripada saya.
“Dengan pautan terbaru daripada laman sosial badan organisasi bola sepak dunia walaupun server hanya untuk Malaysia, konten ini menunjukkan bakat kita disanjung oleh negara bola sepak dunia yang lain.
“Kita patut berbangga dan merasa kita ada sebaris dengan negara-negara besar yang lain di luar sana,” tulisnya.

Tambah Safee, dia turut menasihati orang ramai supaya bijak dalam mengambil keputusan sebelum melontarkan sebarang komen.
“Tunjukkan kita anak bangsa yang berilmu dan berfikiran matang dalam membuat sebarang komen,” ujarnya.
Antara komen pengguna;
“Kiri kanan kaki dia hidup kalau dalam kotak penalti,” tulis seorang pengguna.
“Penyerang Malaysia terakhir kami,” komen seorang lagi.
“Sebenarnya banyak (bakat) dekat Malaysia ni. Cumanya tidak diberi peluang,” seloroh pengguna lain.
Sumber: Instagram Fifaworldcup, Instagram Safee Sali
BACA JUGA: Dilapor Hilang Lebih Tujuh Hari, Isteri Mohon Bantuan Kesan Faizal Ahmad