Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
kemalangan 10 kenderaan
Sumber: BERNAMA

Lelaki Maut Kemalangan Babit 10 Kenderaan

Hannah

Lelaki Maut Kemalangan Babit 10 Kenderaan

SEREMBAN, 18 Sept (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuk seorang wanita parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk dua lori membawa muatan batu di Lingkaran Tengah Seremban berdekatan stesen minyak Caltex di sini tengah hari tadi.

Sumber: BERNAMA

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan I (KUP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Hamlan Ishak berkata lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.

“Sebanyak lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berkaitan kejadian pada 1.28 tengah hari.

“Bomba mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang maut dengan bantuan kren kerana tersepit di bawah lori. Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Proton Saga, Perodua Axia, Perodua Myvi, Proton Persona, Nissan X-Trail, Perodua Kancil, Honda City dan Mitsubishi Triton,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, pemandu kedua-dua lori hanya mengalami cedera ringan.

Hamlan berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

BACA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Kemuka Representasi, Perbicaraan Mula Tahun Depan

BACA: Pokok Tumbang Hempap MPV & Motosikal, Empat Mangsa Dilapor Cedera

BACA: Pokok Tumbang, Tular Kejadian Angin Kuat Landa Kawasan Sekitar R&R Gurun Hari Ini

Sumber: BERNAMA