Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Pukul Pensyarah Hingga Buta
Sumber: BERNAMA

Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Kemuka Representasi, Perbicaraan Mula Tahun Depan

Hannah

Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Kemuka Representasi, Perbicaraan Mula Tahun Depan

PETALING JAYA, 18 Sept (Bernama) — Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berdepan dengan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan terhadap mereka.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh bahawa pihak pembelaan akan mengemukakan representasi dalam tempoh terdekat selepas meneliti dokumen-dokumen yang diperoleh daripada pihak pendakwaan.

“Mahkamah menetapkan 6 Dis ini bagi pengurusan kes untuk keputusan representasi berkenaan,” kata Hakim Syahliza semasa sebutan kes itu hari ini, selain permohonan pihak peguam itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datin Kalmizah Salleh.

Dalam prosiding itu, Kalmizah memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan tiga dokumen iaitu laporan forensik kamera litar tertutup (CCTV), laporan daripada syarikat telekomunikasi dan laporan forensik telefon bimbit.

“Berkenaan dengan status permohonan (peguam) meminda nama mangsa pada kertas pertuduhan dibuat pihak peguam secara lisan pada prosiding sebelum ini, pihak kami memohon agar permohonan ini ditolak dan memohon supaya nama mangsa pada kertas pertuduhan dikekalkan.

“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan. Sebanyak 15 saksi pendakwaan akan dipanggil,” kata TPR Kalmizah.

Hakim Syahliza kemudian menetapkan 15 hari iaitu bermula 20 hingga 24 Jan 2025 serta 3 hingga 7 Feb dan 17 hingga 21 Feb tahun sama sebagai tarikh perbicaraan kes itu, dan membenarkan nama mangsa dikekalkan seperti dalam pertuduhan sebelum ini.

Terdahulu, Fahmi berkata berkenaan isu permohonan meminda nama mangsa, ia tidak mendatangkan prejudis kepada pihak pendakwaan atau pembelaan kerana merujuk individu sama (mangsa) dan ia telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata dokumen diperoleh daripada JPN mengesahkan nama sebenar kanak-kanak itu telah dibetulkan daripada Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.

“Saya faham permohonan ini dibuat secara lisan dan tidak dibuat secara rasmi, namun sekiranya mahkamah mengarahkan kami (pembelaan) untuk membuat permohonan secara afidavit, kami akan patuh,” kata peguam itu.

Sementara itu, Fahmi ketika ditemui media berkata representasi itu bertujuan menarik balik atau menyemak semula pertuduhan dihadapi kedua-dua anak guamnya.

Mengenai keputusan mahkamah mengekalkan nama pertuduhan, Fahmi berkata pihaknya akan mengemukakan notis usul berhubung perkara meminda nama mangsa selepas perbincangan bersama dengan ahli keluarga anak guamnya.

“Bagaimanapun, kami menghormati keputusan mahkamah dan kami akan meneliti tindakan selanjutnya, pihak pendakwaan juga menolak permohonan itu tanpa menyatakan alasan-alasan yang kukuh,” katanya.

Pada 13 Jun, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya pada Disember 2023 di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

BACA: Zayn Rayyan Dipercayai Dibunuh Di Lokasi Lain Sebelum Mayat Diletakkan Di Anak Sungai

BACA: Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemukan, Sebahagian Proses Siasatan

BACA: Polis Guna Semua Peruntukan Bawah Bidang Kuasanya Siasat Kes Zayn Rayyan

Sumber: BERNAMA