Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Cuaca Buruk Di Empat Negeri Pagi Ini

Iqbal Yasir
negeri cuaca buruk
Gambar: BERNAMA

Amaran Cuaca Buruk Di Empat Negeri Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 11 pagi ini.

Amaran ini bertujuan memberi peringatan awal kepada penduduk di kawasan yang terlibat supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut METMalaysia dalam satu kenyataan rasmi, tiga buah negeri di utara Semenanjung Malaysia dijangka terjejas oleh cuaca buruk ini.

Antara negeri yang terlibat termasuklah Kedah, Perak serta keseluruhan negeri Pulau Pinang.

“Bagi Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu.

“Manakala, daerah di Perak pula termasuk Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung,” maklum METMalaysia.

Selain itu, keseluruhan negeri Melaka juga dijangka akan terjejas akibat cuaca buruk.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Jangan Ambil Mudah, Ini Lima Sebab Lampu ABS Kereta Menyala

BACA: Ini 5 Produk Malaysia Yang Disangka Milik Indonesia

BACA: Rupa-rupanya Ini Sebab Mat Saleh Tidak Mahu Malaysia Jadi Popular

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia