Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cara buka tong gas
Kredit: Hana

Jangan Takut, Ini Cara Mudah Nak Buka Penutup Tong Gas

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jangan Takut, Ini Cara Mudah Nak Buka Penutup Tong Gas

Memang seronok dapat memasak di dapur sendiri apabila semua barang dan keperluan yang ada serba lengkap. Apatah lagi semua yang ada di dapur dibeli dan susun aturnya mengikut cara kita.

Tanpa gangguan, terasa seperti kitalah sang pemilik kerajaan. Bebas memasak ikut cita rasa.

Namun, satu perkara sering menjadi masalah besar yang pasti dirasai oleh pemilik kerajaan dapur. Sukarnya membuka penutup tong gas.

Buat anda yang pertama kali beli tong gas, pastinya anda keliru dan menghadapi kesukaran membuka penutup plastik tong gas yang ketat sebelum anda boleh menyambungkan tong gas dengan hos.

BACA: Gigih Hias Sendiri, Lelaki Buat Kejutan Istimewa Hargai Isteri Lepas Bersalin

Jangan malu, jangan segan, anda tidak keseorangan. ‘Orang lama’ pun hadapi masalah yang sama setiap kali menukar tong gas.

Bagi menyelesaikan masalah anda, SK kongsikan satu cara mudah untuk buka penutup tong gas yang ditunjukkan oleh seorang pengguna Facebook, Hana.

Tidak ramai yang punyai kekuatan untuk membuka penutup tong gas ini menggunakan tangan. Jadi, Hana telah kongsikan satu cara mudah membukanya dengan menggunakan sudu sahaja.

Disclaimer, cara ini hanya sesuai untuk tong gas yang ditutup dengan penutup bertangkai satu.

Caranya mudah saja. Pertama sekali, masukkan sudu besi dalam lubang yang ada pada tangkai penutup.

cara buka penutup tong
Kredit: Hana

BACA: Bermisai & Berceloreng, Dua Kucing Dipilih Jadi ‘Fasi’ Di UM

Kemudian, lintangkan sudu supaya anda boleh pegang dengan erat di kedua belah sisi sudu.

guna sudu
Kredit: Hana

Seterusnya, tarik sudu sehingga penutup tong gas tertanggal. Selesai satu masalah. Sekarang, anda dah boleh pasangkan kepala paip gas pula.

Sebelum itu, ingin SK ingatkan supaya anda sediakan air sabun untuk memeriksa jika ada kebocoran gas pada paip atau kepala paip gas. Pastikan air sabun dikocak sehingga berbuih banyak kerana anda hanya perlukan buih sabun untuk langkah ini.

Selepas siap buih sabun, anda boleh mula pasangkan kepala paip gas. Longgarkan kunci kepala paip supaya gas boleh mengalir masuk paip. Kemudian, sapukan buih sabun di sekeliling kepala paip gas hingga ke seluruh paip.

BACA: Pasport Hilang Ketika Melancong, Apa Nak Buat? Ikut Langkah Ini

Untuk ketahui berlaku kebocoran gas, anda akan dapat lihat buih-buih sabun yang baru akan muncul. Jika keadaan ini berlaku, segera ketatkan semula kunci kepala paip gas. Periksa sama ada kebocoran berlaku di bahagian kepala paip atau paip gas.

Jika ada kebocoran di kepala paip, berkemungkinan cara memasang kepala paip tidak sempurna. Anda boleh cuba untuk pasang semula kepala paip dan pastikan dikunci dengan ketat.

Jika terdapat kebocoran di paip gas, tukar paip dengan yang baru atau dapatkan bantuan pakar.

Selepas selesai semuanya, anda sudah boleh mula memasak dengan tenang. Selamat mencuba.

Sumber: Republic Hana, Find Leak Detection