Banjir Kilat & Tanah Runtuh Berlaku Di Cameron Highlands, 31 Mangsa Terjejas
Kejadian banjir kilat dan tanah runtuh dilapor melanda Kampung Sungai Ruil di Cameron Highlands semalam, lapor Sinar Harian.
Bencana itu kemudian menyaksikan sekurang-kurangnya 31 mangsa daripada lima keluarga terjejas dan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Komuniti Sungai Ruil.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Cameron Highlands, kesemua mangsa terdiri daripada 11 lelaki dan 10 wanita.
Turut terlibat empat kanak-kanak lelaki dan selebihnya adalah kanak-kanak perempuan.
Banjir kilat, tanah runtuh landa Cameron Highlands
Tambah kenyataan itu lagi, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 6 petang pada Isnin dan dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.
Keadaan itu kemudian menyebabkan aliran sungai meningkat secara mendadak dan tanah runtuh di beberapa kawasan yang tidak stabil.
“Kerja-kerja membersihkan jalan dan kawasan sekitar terjejas sedang giat dilakukan bagi memastikan keadaan kembali selamat untuk penduduk setempat,” kata kenyataan itu pada Selasa.
BACA: Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Berjalan 3 Hari
BACA: Ramai Ingat Dari Bom Nuklear Je, Radiasi Sebenarnya Selalu Ada Di Sekeliling Kita
Dalam pada itu, beberapa video yang merakam situasi banjir kilat di kawasan pelancongan tanah tinggi itu juga turut menjadi tular di media sosial.
Menerusi video-video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat keadaan air banjir berselut mengalir deras di beberapa kawasan.
Turut kelihatan adalah beberapa buah kereta yang terperangkap dalam air banjir yang naik.
@sinarharianonline Seramai 31 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands pada Isnin. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Cameron Highlands dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang terlibat 11 lelaki, 10 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan selebihnya adalah kanak-kanak perempuan. Menurut kenyataan itu, kejadian jam 6 petang itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan tersebut, menyebabkan aliran sungai meningkat mendadak dan tanah di beberapa kawasan menjadi tidak stabil. #SinarHarian #SinarTerkini #Banjir #TanahRuntuh #CameronHighland #Bencana #VideoViral
@cameronhighlandsbeauty ♬ original sound – CAMERON HIGHLANDS COOL – CAMERON HIGHLANDS COOL
@cameronhighlandsbeauty ♬ original sound – CAMERON HIGHLANDS COOL – CAMERON HIGHLANDS COOL
Sumber: Sinar Harian