Utama

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Guna Air Fryer Je, Resipi “Jacket Potato” Viral Pikat Selera
Sebelum ini, tular menu kentang bakar di Malaysia yang diambil inspirasi daripada seorang usahawan dari England.
Menu jacket potato yang rangup di luar serta gebu di dalam dengan pantas menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Namun, harganya yang mencecah RM30 mungkin membuatkan ramai ‘berkira-kira’ untuk membelinya.
Mana tidaknya, dengan harga ‘kayangan’ itu, sesiapa pun boleh ‘koyak poket’.
Jadi, jalan terbaik untuk selamatkan poket tetapi dalam masa yang sama puaskan perut adalah dengan cuba resipi yang SK kongsikan hari ini.
Resipi ini dimuat naik oleh pengguna TikTok, @akiejack.
Kentang (bersaiz besar)
Garam
Minyak zaitun
Daun kucai
Protein pilihan
Mozarella
Baked beans
butter
Cucuk kentang menggunakan garfu supaya kentang cepat masak. Kredit: TikTok @akiejack
Salut kentang dengan minyak zaitun dan secubit garam. Kredit: TikTok @akiejack
Bakar di dalam air fryer selama 40 minit di suhu 2oo calcius (Untuk lebih cepat, microwave selama 7 minit dan air fryer selama 8 minit). Kredit: TikTok @akiejack
Sediakan topping pilihan seperti daging cincang, daun kucai, baked beans dan mozarella. Kredit: TikTok @akiejack
Selepas 40 minit, keluarkan kentang dan potong secara melintang. Kredit: TikTok @akiejack
Masukkan butter dan kacaukan hingga sebati mengikut cita rasa. Kredit: TikTok @akiejack
Letakkan topping pilihan di atas kentang, dan jacket potato sedia untuk dimakan. Kredit: TikTok @akiejack
Apa yang menariknya tentang menu ini adalah anda boleh meletakkan apa-apa topping mengikut selera.
Sama ada bawang goreng, pepperoni, chilli oil atau apa-apa bahan kegemaran anda, semuanya boleh disesuaikan.
Menarik, kan? Hanya satu resipi, tetapi boleh diubah suai untuk memenuhi cita rasa ramai.
Selamat mencuba.
BACA: Nak Beli ‘Mahal’, Rupanya Senang Je Nak Buat Sendiri “Habanero Honey Fried Chicken” Ni
BACA: Kering Poket Kalau Setiap Hari ‘Mengidam’, Ini Cara Buat ‘Trendy Coffee’ Buttercrème Latté
BACA: “Satin Cookies”, Dessert ‘2 Dalam 1’ Bikin Terliur
Sumber: Akie Jack via TikTok