Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Fattah Amin PAK MAT Western
Kredit: PAK MAT Western

PAK MAT Western Perjelas Ke Mana Perginya Infak Komisen Jualan Fattah Amin Disalurkan

Hannah

PAK MAT Western Perjelas Ke Mana Perginya Infak Komisen Jualan Fattah Amin Disalurkan

Pelakon terkenal, Fattah Amin, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menolak untuk menerima wang komisen daripada hasil jualan kambing perap PAK MAT Western.

Melalui perkongsian di akaun Facebook rasmi PAK MAT Western, mereka memuat naik tangkap layar perbualan dengan Fattah berhubung jumlah komisen yang sepatutnya diterima oleh Fattah.

Namun, pelakon berusia 34 tahun itu meminta agar komisen tersebut diinfakkan kepada mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah, terima kasih bos. Saya nak minta tolong uruskan wang komisen tersebut untuk diinfakkan kepada orang yang memerlukan,” tulis Fattah dalam mesejnya.

Pemilik jenama kambing perap itu pula meluahkan rasa ‘kecewa’ kerana Fattah menolak untuk menerima komisen hasil jualan tersebut.

“Saya kecewa dengan tindakan Fattah Amin. Bukan kerana apa, tetapi kerana beliau tolak komisen dan tidak ambil walaupun satu sen daripada hasil jualan kambing.

“Namun, pada masa sama kami berbangga dengan keyakinan beliau terhadap rezeki yang telah ditetapkan. Tindakan ini wajar dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia,” tulis wakil jenama tersebut dalam kapsyen hantaran mereka.

Untuk info, siaran langsung Fattah Amin bersama kru PAK MAT Western selama tiga jam yang mempromosikan pek kambing perap berjaya menarik lebih 100,000 tontonan dan mendapat lebih 44 juta tanda ‘Suka’.

BACA: Fattah Amin Masuk Senarai 100 Lelaki Paling Seksi Di Dunia 2018

Dalam perkembangan terkini, PAK MAT Western menjelaskan bahawa duit infak daripada komisen Fattah akan disalurkan ke beberapa masjid untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah masing-masing.

“Senarai masjid untuk agihan infak Fattah Amin telah dikeluarkan.

“Kami mengambil langkah untuk menyerahkan kepada masjid, dan masjid akan menguruskan agihan kepada golongan yang memerlukan,” tulis PAK MAT Western di laman Facebook mereka.

Dalam pada itu, Pak Mat Western juga menekankan bahawa wang komisen itu tidak masuk walau satu sen pun ke poket mereka. Malah, mereka kini dalam proses agihan gelombang pertama infak tersebut.

“Kami faham ramai risau tentang ke mana agihan ini akan disalurkan.

“Setelah berbincang dengan Fattah, kami yakin ini adalah jalan terbaik dan amanah penuh diletakkan kepada masjid untuk agihan kepada asnaf,” jelas PAK MAT Western.

BACA: Nur Fazura Failkan Penceraian Terhadap Fattah Amin

BACA: Fazura, Fattah Amin Sah Bercerai

Sumber: PAK MAT Western