Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

11 Negeri Dijangka Alami Ribut Petir Hingga 9 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.
Antara negeri yang terlibat termasuk Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Selain itu, seluruh kawasan di Terengganu, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut diramal mengalami keadaan cuaca buruk yang sama.
“Di Kedah, kawasan yang terjejas dengan amaran tersebut adalah Padang Terap, Sik dan Baling, selain Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.
“Manakala di Kelantan, hanya kawasan Gua Musang yang terlibat. Sementara itu, di Pahang pula, amaran yang dikeluar melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, cuaca buruk turut diramal berlaku di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan,” tulis METMalaysia.
Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
Manakala, di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Tongod).
Justeru, penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga disarankan untuk mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan amaran cuaca melalui saluran rasmi METMalaysia.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini akibat cuaca buruk yang dijangka melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Pilih Kawasan Sahaja, Ini Cara Mudah Kira Perbelanjaan Asas Hidup
BACA: 33 Tahun Rakam Siaran TV, Kisah Marion Stokes Simpan 71,716 Pita Rakaman
Sumber: METMalaysia