Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
marion stokes 33 tahun merakam
Kredit: Variety

33 Tahun Rakam Siaran TV, Kisah Marion Stokes Simpan 71,716 Pita Rakaman

Azizah Najib

33 Tahun Rakam Siaran TV, Kisah Marion Stokes Simpan 71,716 Pita Rakaman

Zaman sekarang, ramai antara kita yang leka merakam pelbagai perkara untuk dimuat naik di media sosial. Ada yang merakam gelagat diri sendiri sambil melakukan aktiviti seharian, ada juga yang gemar merakam gelagat anak-anak. Tidak ketinggalan para pencinta haiwan yang gemar berkongsi gelagat haiwan peliharaan masing-masing.

Begitu juga kaki rakam peristiwa yang sedang berlaku di depan mata. Tidak kira sama ada kejadian banjir, tanah runtuh, termasuk peristiwa bersejarah seperti lawatan kerabat diraja mahupun orang ternama di lokasi berdekatan.

Biarpun pada asalnya dirakam untuk kenangan atau perkongsian sendiri, tahukah anda segala rakaman anda ini boleh menjadi bukti dan rujukan sejarah?

BACA: Hairan, Macam Mana Piring Hitam Rakam & Hasilkan Bunyi?

Mari kita kenali Marion Stokes, wanita yang merakam setiap hari tanpa henti selama 33 tahun hidupnya.

Sebelum adanya telefon pintar, seorang wanita sudahpun mula merakam pelbagai peristiwa dan rakamannya masih boleh ditonton hingga ke hari ini. Dengan jiwa sebagai seorang pustakawan, beliau mula merakam siaran televisyen secara sistematik bermula 4 November 1979.

Rakamannya terhenti apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada Disember 2012. Hasil tindakan Stokes, sebanyak 71,716 pita rakaman terhasil yang merangkumi pelbagai berita.

Pertama kali perkara ini dilaporkan media, Fast Company mendapati pada awalnya, beliau merakam rancangan televisyen secara rawak. Namun kemudiannya, Stokes lebih menumpukan perhatian kepada siaran berita.

BACA: Tiada Bubuk Berani Singgah, Ini Tip Simpan Beras Agar Tahan Lama

“Beliau mula merakam (rancangan) televisyen secara santai dalam 1977. Pelbagai perkara yang dirakam tetapi baginya, berita lebih penting. Jadi apabila saluran televisyen kabel menjadikan (saluran berita) kepada 24 jam sehari, beliau mula merakam MSNBC, Fox, CNN, CNBC dan CSPAN seharian, dengan lapan televisyen terpasang serentak,” kata Fast Company.

Sebagai seorang aktivis hak awam, Stokes rasa curiga dengan siaran berita krisis tebusan Iran yang berlarutan selama beberapa hari sehingga menjadi berita utama. Stokes dapat menghidu permainan ‘perniagaan’ stesen televisyen dan bertindak memulakan rakaman siaran televisyen tentang berita tersebut.

Semenjak saat itu, Stokes nekad untuk mengabadikan peristiwa moral panic melibatkan sesuatu kaum, kelas dan budaya yang disiarkan di media massa. Malah, kesemua rakaman ini menjadi bukti berlakunya sesuatu peristiwa biarpun platform media, ketika itu stesen televisyen, telah memadam rekod peristiwa tersebut.

BACA: Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia

Sebagai salah seorang pembeli saham terawal Apple yang ketika itu dijual serendah USD7 seunit, Stokes punyai kelebihan dalam mendapatkan pita rakaman dengan jumlah yang banyak. Dengan keuntungan yang diperoleh, Stokes membeli kira-kira sembilan unit apartmen yang ditukar menjadi tempat menyimpan pita-pita rakamannya.

Kini, kesemua pita rakamannya diserahkan oleh anaknya kepada sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, Internet Archive. Syarikat ini mengusahakan sebuah perpustakaan Internet percuma.

Seluruh usaha Stokes selama 33 tahun merakam turut dijadikan dokumentari arahan Matt Wolf, Recorder: The Marion Stokes Project.

Sumber: Internet Archive, Recorder Film, Internet Archive, BFI, Variety, Fast Company