Siakap Keli

Pengeluaran Bakal Ditamatkan, Honda Perkenal “Super Cub 50” Edisi Akhir & Edisi Hello Kitty

Pengeluaran Bakal Ditamatkan, Honda Perkenal “Super Cub 50” Edisi Akhir & Edisi Hello Kitty

Honda Motor dilaporkan akan menamatkan pengeluaran model ikoniknya, Super Cub 50 menjelang Mei 2025 depan.

Keputusan itu diambil seiring dengan pengenalan peraturan kawalan pelepesan emisi yang lebit ketat yang akan dikuat kuasakan pada November tahun yang sama.

Menurut Kyodo News, Honda merupakan pemegang terbesar pasaran motosikal dengan enjin berkapasiti 50 cc dan lebih kecil.

Super Cub 50 Edisi Akhir diperkenal oleh Honda

Bagaimanapun, syarikat itu memutuskan adalah sukar syarikat itu mengekalkan harga berpatutan bagi model-model berkenaan selepas peraturan berkenaan dikuatkuasakan.

Susulan itu, syarikat berkenaan akan melancarkan model Super Cub 50 Edisi Akhir yang dirancang untuk dijual pada harga sekitar 297,000 Yen (kira-kira RM 8,523).

Difahamkan, tempahan untuk model tersebut dibuka bermula 8 hingga 24 November ini dan Honda merancang untuk mengeluarkan hanya 2,000 unit Super Cub 50 Edisi Akhir itu.

Gambar: Carscoops

Namun begitu, Honda mungkin melanjutkan tempoh tempahan bergantung kepada permintaan.

Pada masa yang sama, Honda turut memperkenalkan Super Cub 50 Edisi Hello Kitty edisi terhad iaitu sebanyak 30 unit.

Bagi Super Cub Edisi Hello Kitty, ianya akan dijual pada tanda harga 300,000 Yen.

Super Cub, motosikal paling banyak dihasilkan di dunia

Lebih 100 juta unit model Super Cup sudah dikilangkan sejak siri tersebut diperkenalkan pada 1958. Ia sekaligus menjadikan siri Super Cup sebagai motosikal paling banyak dihasilkan di dunia.

Walau bagaimanapun, jualan model berkenaan dikatakan semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara punca jualannya semakin merosot adalah disebabkan oleh peningkatan dalam permintaan mengeluarkan basikal elektrik dan skuter.

Menurut Kyodo News, syarikat ini turut merancang untuk menamatkan pengeluaran model motosikal lain dengan enjin 50 cc atau lebih kecil menjelang Oktober 2025.

Pada masa yang sama, Honda bercadang untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan pengeluaran skuter elektrik di Jepun.

Sementara itu, syarikat tersebut turut memaklumkan pengeluaran Super Cub 110 dengan enjin berkapasiti 110 cc akan diteruskan di masa hadapan.

BACA: Lapangan Terbang Komodo Ditutup Akibat Letusan Gunung Lewotobi

BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

Sumber: Kyodo News, Carscoops

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.