Siakap Keli
Mayat kolej swasta
Sumber: MalaysiaGazette

Mayat Ditemui Terbaring, Berlumuran Darah Dalam Bilik Kolej Swasta

Mayat Ditemui Terbaring, Berlumuran Darah Dalam Bilik Kolej Swasta

Seorang lelaki berusia 40-an ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah, dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Penemuan mayat mangsa yang berasal dari Sabah disedari rakannya dalam bilik di sebuah kolej swasta di Melaka, kira-kira jam 3.20 petang pada Sabtu.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kali terakhir dilihat ketika makanan dihantar kepadanya.

“Si mati mendapat cuti sakit selama dua hari pada Khamis dan Jumaat dan sepatutnya mulai bekerja hari ini namun tidak masuk kerja membuatkan rakannya curiga.

“Selepas berjaya membuka pintu bilik yang berkunci, mangsa ditemukan terbaring di lantai yang dipenuhi darah,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di lokasi pada jam 3.30 petang mendapati anggota polis telah berada di tempat kejadian.

Kenderaan pasukan forensik tiba kira-kira jam 4.20 petang dan meninggalkan lokasi 40 minit kemudian.

BACA: Kain Kafan Ibu Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi

BACA: Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

BACA: Mahkamah Taiwan Arah Pembunuh Pelajar Malaysia Bayar Pampasan Kepada Keluarga

Sumber: MalaysiaGazette

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.