Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
empat mangsa bot karam
Kredit: CHAI Fishing/TLDM

Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Azizah Najib

Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Empat nelayan warga Indonesia diselamatkan YouTuber yang sedang memancing di perairan berdekatan Pulau Jarak pada Rabu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, YouTuber CHAI Fishing, Mohd Khushairi Mohd Zuki bersama rakan menemui keempat-empat mangsa terapung di tengah laut sedang melambai ke arah mereka meminta pertolongan. Mangsa yang sedang berpaut pada penutup tong ikan dengan botol yang diikat di badan masing-masing ditemui dalam keadaan sudah tidak bermaya.

Mohd Khushairi dan rakan-rakan bertindak memberhentikan bot di jarak yang selamat sebelum menarik keempat-empat mangsa naik. Mangsa diberikan bantuan awal, makanan dan minuman sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa yang berada berdekatan.

BACA: 7 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

“Rancangan kami sebenarnya nak pergi ke International Water (IW) dulu. Tapi nak dijadikan cerita, Allah tunjuk laut memang bergelora jadi kami terpaksa singgah ke Pulau Jarak. Jarak antara IW dan Pulau Jarak pun dalam 45 minit kalau cuaca elok.

“Jadi kami singgah dulu Pulau Jarak. Nak dijadikan cerita, baru beberapa kali drift bot sekitar Pulau Jarak, kami ada ternampak mereka ni pada mulanya. Kami sangka mereka pasukan Navy yang buat latihan renang sebab apa yang kami nampak semua serba hitam. Kami sangka mereka pakai sut berenang warna hitam dan buat latihan berenang,” katanya.

Menurutnya, mangsa mendakwa mereka terapung di perairan selama empat hari setelah bot mereka karam dilanggar kapal tangki di sekitar perairan antarabangsa. Mangsa turut mendakwa, hanya mereka berempat yang hanyut ke Pulau Jarak sementara dua rakan lagi hilang.

“Saya perhati mereka, nampak seorang lambai tangan. Kemudian, orang kedua pula lambai tangan. Ketika mangsa angkat tangan, memang nampak tangan pucat terus saya fikir bot karam. Tak mungkin mangsa dalam keadaan macam tu jika berenang dari Pulau Jarak.

BACA: Ribuan Ulat Muncul, ‘Berterbangan’ Hingga Melekat Pada Baju Penduduk

Kredit: Tentera Laut Diraja Malaysia

“Kulit mengelupas, perut dan kaki luka digigit ikan. Salah seorang daripada empat mangsa tunjuk baju penuh kesan gigitan ikan, (luka di perut) sampai bernanah,” kongsinya menerusi satu lagi video yang dimuat naik di TikTok.

Sementara itu, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut mengesahkan kejadian tersebut. Menerusi muat naik di laman Facebook, TLDM menjelaskan keempat-empat mangsa dari Tanjung Balai, Indonesia itu diselamatkan sekitar jam 1.40 petang.

Mangsa juga sudah diserahkan kepada Kapal Republik Indonesia (KRI) TORANI menerusi Kapal Diraja (KD) MAHAMIRU.

“Kapal Diraja (KD) MAHAMIRU, yang sedang melaksanakan Operasi Patroli Terkoordinasi Malaysia-Indonesia Siri 166 Tahun 2024 (Op PATKOR MALINDO 166/24), telah ditugaskan untuk memindahkan mangsa dari Stesen Jarak ke Kapal Republik Indonesia (KRI) TORANI, yang berada kira-kira 40 batu nautika, barat laut Pulau Jarak.

“Penyerahan nelayan-nelayan tersebut kepada KRI TORANI berjaya dilaksanakan di sempadan perairan pada jam 12.40 tengah malam tadi. Op PATKOR MALINDO ini turut melibatkan penyertaan KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN dan KRI BUBARA,” maklum pihak TLDM.

BACA: Orang Asli Bina Rumah Bangsal Atas Bukit Siap Sedia Hadapi Banjir

Sumber: CHAI Fishing (1) (2), Tentera Laut Diraja Malaysia