Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sze Fei-Izzuddin Beregu Malaysia Pertama Mara Ke Final Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF

Athirah
Gambar: BERNAMA

Sze Fei-Izzuddin Beregu Malaysia Pertama Mara Ke Final Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF

Beregu sensasi negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF selepas menewaskan wakil Indonesia sebentar tadi.

Dalam aksi penuh debar itu, Sze Fei-Izzuddin terlebih dahulu ketinggalan apabila berjaya ditundukkan lawan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dengan 17-21.

Bagaimanapun, beregu negara berjaya memperkemaskan permainan untuk memenangi set kedua, 21-16 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set penentuan ini, jantung penonton bagaikan mahu luruh apabila melihat aksi tangkas kedua-dua regu yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengalah.

Sze Fei-Izzuddin cipta sejarah, beregu lelaki pertama Malaysia mara ke final Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF

Namun, tuah lebih memihak kepada Sze Fei-Izzuddin apabila mereka berjaya memenangi set penentuan tersebut dengan kedudukan 27-25.

Bakal pertemu antara Astrup/Rasmussen atau Gutama/Isfahani

Menurut Stadium Astro, kemaraan ke final ini juga menyaksikan Sze Fei-Izzuddin menjadi beregu lelaki pertama Malaysia yang berjaya mara sehingga ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF.

Di pusingan akhir nanti, mereka bakal bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara wakil Denmark, Astrup/Rasmussen dan wakil kedua Indonesia, Gutama/Isfahani.

BACA: Cemas, Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap Dalam Paip Bawah Jambatan Kedua P. Pinang

BACA: “Aku Nak Mati Ke Ni…”, Lelaki Kongsi Detik Cemas Diserang Sakit Jantung, Hampir Ragut Nyawa

BACA: Lain Macam, Pusat Memandu Adakan Majlis Graduasi Untuk Pelajar Lulus Ujian JPJ

Sumber: Stadium Astro