Siakap Keli
minah saleh benda dari malaysia
Gambar: TikTok @goMalaysia

Minah Saleh Kongsi 5 Benda “Wajib” Bawa Pulang Dari Malaysia Ke Rusia

Minah Saleh Kongsi 5 Benda “Wajib” Bawa Pulang Dari Malaysia Ke Rusia

Menggembara ke negara orang tentunya satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan, di mana kita dapat mengenal budaya dan adat masyarakat di sana.

Pastinya, banyak gambar diambil sebagai kenang-kenangan di lokasi-lokasi yang dikunjungi.

Selain itu,cenderahati atau barangan dari tempat berkenaan antara benda wajib di bawa pulang seperti pakaian, makanan, permainan dan banyak lagi.

Begitu juga seorang minah saleh ini yang berkongsi benda wajib dibawa pulang ke kampung halamannya di Rusia tiap kali berkelana di Malaysia.

Lima benda wajib bawa pulang ke Rusia

minah saleh benda dari malaysia
Gambar: TikTok @goMalaysia

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @gomalaysia, dia memberitahu bahawa terdapat lima perkara wajib dibawa pulang ke rumahnya setiap kali datang ke Malaysia.

Yang pertama adalah perencah nasi goreng ikan bilis, sambal belacan, kicap kipas udang , dodol, sejenis jajan dari Apollo.

Gambar: TikTok @goMalaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap kandungan tersebut. Bahkan segelintir warganet turut memberikan beberapa saranan mengenai makanan lain yang boleh di bawa pulang.

Berikut antara komen pengguna;

“Kalau datang terengganu, try dodol daun palas,” komen seorang pengguna.

“Dodol kalau nak sedap pergi Simpang Ampat Alor Gajah Melaka dodol panas dodol cair. Boleh bungkus lagi,” tulis seorang pengguna lagi.

“Hahah pandai pilih Kicap Kipas Udang! The best kicapp!” komen seorang lagi.

“Dulu saya pergi Rusia bawa semua barang runcit yang biasa saya makan dekat Malaysia satu kontena berhabis RM16k beli barang runcit, stok untuk 4 tahun,” kongsi seorang pengguna.

@gomalaysia

I can’t live without those already..do you agree? 😄🇲🇾❣️ #dodol #sambalbelacan #makan #sedap #Malaysia #belibarang #balikkampung

♬ original sound – Go Malaysia!

Sebelum ini SK turut berkongsikan kisah seorang pelancong dari United Kingdom, Greg Lacombe yang berkongsi lima perkara positif tentang Malaysia yang sangat dia kagumi.

Tidak hairan kenapa Malaysia menjadi salah satu pilihan negara yang sentiasa dikunjungi orang luar disebabkan kepelbagaian kaum dan budaya yang ditunjukkan oleh masyarakat majmuk di sini.

Lebih-lebih lagi, masyarakat berbilang bangsa ini dapat hidup dengan harmoni.

BACA: Lagi Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Ranau, Sabah

BACA: Lelaki Berenang 5 Jam Di Laut, Cari Bantuan Untuk Isteri

BACA: Ini Reaksi Rakyat China Tengok Tarian Tradisional Melayu

Sumber: TikTok @goMalaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.