Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Rahsia Tuhan
Kredit: TikTok @nabilnazrol

Anak Lelaki Join Trend “Rahsia Tuhan” Buat Ramai Sebak

Siti Nur Ain Natasya

Anak Lelaki Join Trend “Rahsia Tuhan” Buat Ramai Sebak

Setiap keluarga punya cara tersendiri untuk menzahirkan kasih sayang, tetapi pada dasarnya, ia lahir dari hati yang tulus.

Ada yang mudah melafazkan “sayang” di bibir, namun bagi sesetengah orang, mengungkapkan rasa itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Bagi ramai, kasih lebih jelas ditunjukkan melalui tindakan – cara menjaga, melindungi dan menghargai insan tersayang.

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu berkomunikasi seperti biasa? Mereka yang memiliki kekurangan dari segi pendengaran, penglihatan atau percakapan?

Di sinilah keunikan kasih sejati benar-benar terserlah, seperti yang dikongsikan pengguna TikTok @nabilnazrol dalam video yang kini tular.

Baru-baru ini, lelaki yang mesra dikenali sebagai Abil kembali menarik perhatian apabila memuat naik video menyentuh hati, berkongsi kisah “Rahsia Tuhan” miliknya.

Video tersebut memaparkan momen-momen kecil penuh makna antara Abil dan ibu bapanya.

Kasih sayang lebih dari sekadar ungkapan kata

Istimewanya, kedua-dua ibu bapa Abil adalah insan istimewa yang dilahirkan dengan kekurangan pendengaran dan percakapan.

Mereka sekeluarga berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, tetapi kasih sayang mereka tidak memerlukan sebarang ‘suara’ untuk dirasai.

“Kita mungkin bercakap dan mendengar dengan cara yang berbeza,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen video yang mencecah hampir dua juta tontonan itu, rata-rata warga maya berkongsi sebak dan perasaan gembira melihat keluarga bahagia Abil.

“Satu perkara yang saya perasan pasal mereka adalah riak muka yang menunjukkan perasan sayang yang teramat,”

“Percakapan memang berbeza tapi kasih sayang tak akan berbeza,”

“Kasih dan sayang insan bergelar ibu bapa tidak terletak pada kata-katanya, tetapi pada perlakuan kasihnya,”

Lebih mengharukan, ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman mereka sebagai seorang anak yang mempunyai jalan cerita yang serupa.

“Rahsia Tuhan kita sama, saya teringin sangat nak dengar mereka sebut nama saya,”

“Ayah aku buta, dia tak pernah dapat tengok wajah aku,”

“Teringat arwah ayah, dia pun guna bahasa isyarat,”

BACA: Delta Works: Benteng Banjir Terbesar Dunia

BACA: Ingatkan Nak Marah, Gelagat Bapa Join Anak Joget Sakan Buat Ramai Geli Hati

BACA: Ini Reaksi Rakyat China Tengok Tarian Tradisional Melayu

Sumber: Nabil Nazrol via TikTok