Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Presiden Korea Selatan Yoon Ditahan Untuk Soal Siasat Berhubung Undang-Undang Tentera

Presiden Korea Selatan ditahan
Sumber: BERNAMA

Presiden Korea Selatan Yoon Ditahan Untuk Soal Siasat Berhubung Undang-Undang Tentera

SEOUL, 15 Jan (Bernama-Yonhap) — Penyiasat menahan Presiden Korea Selatan yang menghadapi pendakwaan, Yoon Suk Yeol di kediamannya pada Rabu dan membawanya untuk disoal siasat berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang singkat.

Waran tangkap terhadap Yoon dilaksanakan pada 10.33 pagi, lapor agensi berita Yonhap berdasarkan kenyataan Pejabat Penyiasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO).

Rakaman televisyen secara langsung menunjukkan konvoi kenderaan yang dipercayai membawa Yoon meninggalkan kawasan kediaman presiden di tengah Seoul menuju pejabat CIO di Gwacheon, selatan Seoul.

Yoon, yang digantung tugasnya susulan pendakwaan oleh Parlimen pada 14 Dis, berdepan pertuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau didakwa mengerahkan tentera ke parlimen selepas mengisytiharkan undang-undang tentera pada malam 3 Dis bagi menghalang ahli parlimen daripada membatalkan dekri itu.

Yoon dijangka ditahan di Pusat Tahanan Seoul di Uiwang, berhampiran pejabat CIO, selepas soal siasat.

BACA: Presiden Korea Selatan Isytihar Undang-Undang Tentera

BACA: Rundingan Gencatan Senjata Gaza Hampir Dimuktamadkan – Qatar

BACA: Kebakaran LA: Angin Santa Ana Dijangka Kembali Mengganas

Sumber: BERNAMA