Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 9 malam ini.

Menurut METMalaysia dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak termasuk keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala di Pahang pula, hanya tiga daerah sahaja yang terlibat iaitu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub.

“Sementara itu, di Johor, daerah yang terlibat adalah Tangkak dan Muar.

“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan lebat seperti Serian, Samarahan (Simunjan), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Hilang Sejak Januari 2024, Rangka Manusia Ditemui Dipercayai Milik Jurujual Kereta

BACA: Treler “Keluang Man” Buat Ramai Teruja

BACA: Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan

BACA: Ini Sebab Kenapa Sut Angkasa Ada Warna Jingga Dan Putih