Siakap Keli
Pak Cik Basri meninggal dunia
Kredit: Facebook Hareez Ikmal / Facebook Lahad Datu Info

Pak Cik Basri Dilapor Meninggal Dunia

Pak Cik Basri Dilapor Meninggal Dunia

Seorang bapa yang pernah mencuri perhatian ramai kerana usaha gigihnya mengubah suai basikal demi keselesaan anaknya kini telah kembali ke rahmatullah.

Pak Cik Basri, yang sebelum ini tular dalam sebuah video di media sosial, dilaporkan meninggal dunia pada 21 Februari lalu.

Kisah hebat seorang insan bergelar “ayah”

Sebelum ini, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Hareez Ikmal, telah menarik perhatian ramai.

Video tersebut memperlihatkan seorang bapa mengayuh basikal dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya dari sekolah.

Apa yang membuatkan video itu begitu menyentuh hati ialah basikal yang digunakan telah diubah suai dengan beberapa tambahan kreatif.

Pak Cik Basri telah memasang beberapa tong sebagai tempat meletakkan kaki dan bersandar, selain menyediakan tempat duduk berbumbung yang menyerupai kereta kuda.

Hal ini dilakukannya untuk memastikan anaknya dapat duduk dengan lebih selesa sepanjang perjalanan ke sekolah.

Melalui satu kiriman video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, @adrianedy7, diketahui bahawa Allahyarham Pak Cik Basri dahulunya bekerja sebagai penjual aiskrim di kampungnya.

Selain mencari rezeki untuk keluarga, beliau juga memastikan anaknya dapat ke sekolah dengan selamat menggunakan basikal yang diubah suai itu.

Setiap hari, beliau tanpa gagal akan menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah.

Pemergian yang diratapi

Menurut perkongsian di laman Facebook Lahad Datu Info, Pak Cik Basri menghembuskan nafas terakhir pada petang 21 Februari.

Allahyarham telah disolatkan di Masjid Kampung Bakar, Lahad Datu sebelum dikebumikan di Batu 9, Lahad Datu.

Berita pemergian beliau turut mengundang kesedihan dalam kalangan warganet yang sebelum ini kagum dengan kasih sayangnya terhadap anak.

https://www.facebook.com/100067044558702/posts/958341419744001/?mibextid=wwXIfr&rdid=JciqirknAWQozeNq#

Ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah dan doa buat Allahyarham serta keluarganya.

“Salam takziah buat keluarga Pak Cik Basri. Semoga keluarga terus kuat dan tabah. Pak Cik Basri seorang yang baik, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,”

“Pak Cik ini memang baik, rajin solat berjemaah di masjid dan mencari rezeki halal. Semoga ahli keluarganya diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini,”

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,”

BACA: Kasih Seorang Bapa, Kreatif Ubah Suai Basikal Demi Keselesaan Anak Ke Sekolah

BACA: Pernah Tular Ubah Suai Basikal Demi Anak, Pak Cik Basri Dapat Hadiah Motosikal

BACA: Genap 75 Tahun, Tragedi Bukit Kepong Masih Segar Dalam Ingatan

Sumber: Lahad Datu Info via Facebook

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.