Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Tragedi Bukit Kepong
Gambar: Arkib Negara

Genap 75 Tahun, Tragedi Bukit Kepong Masih Segar Dalam Ingatan

Iqbal Yasir

Genap 75 Tahun, Tragedi Bukit Kepong Masih Segar Dalam Ingatan

Meskipun sudah 75 tahun berlalu, tragedi berdarah yang berlaku di Balai Polis Bukit Kepong masih kekal terpahat dalam hati dan ingatan buat mereka yang kehilangan orang tersayang.

Peristiwa Bukit Kepong

Seperti yang diketahui, peristiwa Bukit Kepong merupakan satu tragedi berdarah yang pernah berlaku dalam sejarah negara.

Pada 23 Februari 1950, seramai 180 orang komunis telah melancarkan serangan gerila ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Serangan itu menyaksikan hampir semua pegawai polis yang bertugas terkorban. Satu persatu wira negara bersama isteri mereka gugur menyembah bumi.

Siapa yang terkorban?

Difahamkan, sebanyak 25 nyawa yang terdiri daripada 15 anggota polis, empat anggota Auxiliary Police dan enam ahli keluarga termasuk dua orang awam terkorban. Manakala empat lagi anggota polis mengalami kecederaan parah.

Walaua bagaimanapun, pasukan polis berjaya menumpaskan seramai 40 pengganas dalam serangan itu.

Masih segar dalam ingatan

Gambar: PDRM

Peristiwa ini nyata memberi kesan mendalam kepada negara khususnya buat ahli keluarga kepada wira negara yang gugur di medan perang.

Anak kepada individu yang bertugas sebagai mata-mata kepada pasukan polis dan dikenali sebagai Ahmad @ Mohamad iaitu Zaleha Ahmad, 75, berkata dia hanya dapat melihat wajah Allahyarham menerusi beberapa keping gambar.

Beliau berkata melalui penceritaan daripada arwah ibunya Mariam Ibrahim, peristiwa serangan itu berlaku pada awal pagi dengan kebanyakan penghuni berek Balai Polis Bukit Kepong sedang tidur.

“Semasa kejadian kira-kira 4.30 pagi, arwah ayah sedang bersarapan sambil memangku saya, sebelum melakukan tugasan sebagai mata-mata, yang kemudiannya terdengar bunyi tembakan dari arah luar berek.

“Ibu memberitahu ketika ayah menjenguk melalui tingkap dia terkena tembakan dan rebah. Ibu tidak sempat berbuat apa-apa dan kemudiannya komunis masuk ke dalam rumah, terus menembak ayah sehingga terkeluar ususnya,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Sambutan Hari Polis Ke-218 di Galeri Darurat Bukit Kepong, di sini hari ini.

Seorang lagi waris mangsa serangan komunis Bukit Kepong Jariah Jidin, 75, berkata arwah bapanya, Jidin Omar ditembak ketika dia dalam kandungan.

“Arwah ibu menceritakan bapa ditembak di perut dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Sekelip mata saya menjadi anak yatim yang membesar tanpa bapa. Hanya menumpang kasih dengan arwah datuk,” katanya.

Sumber: PDRM, BERNAMA

BACA: Peristiwa Berdarah Bukit Kepong, Perjuangan Menentang Komunis Paling Dikenang Dalam Sejarah

BACA: Terengganu Guna Khidmat Pelajar Tahfiz Imam Solat Tarawih

BACA: Mercedes Benz Diubah Menjadi “Rumah Sakit Bergerak”