Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Cedera, Pesawat Tentera Korea Selatan Tidak Sengaja Jatuhkan Lapan Bom 

Pesawat Tentera Korea tercicir Bom
Gambar: Yonhap/AFP

Tujuh Cedera, Pesawat Tentera Korea Selatan Tidak Sengaja Jatuhkan Lapan Bom

SEOUL — Pesawat pejuang Tentera Korea Selatan, KF-16 dilaporkan secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom di lokasi yang salah semasa latihan, mengakibatkan tujuh orang awam cedera, petik AFP.

Perkara itu dimaklumkan oleh Tentera Udara Korea Selatan dalam satu kenyataan hari ini.

“Lapan bom serba guna MK-82 telah dilepaskan secara tidak sengaja daripada pesawat Tentera Udara KF-16, dan jatuh di luar kawasan tembakan yang ditetapkan,” maklum kenyataan tersebut.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku sekitar jam 10:00 pagi di Pocheon, kira-kira 25 kilometer di selatan sempadan yang dikawal ketat dengan Korea Utara yang memiliki senjata nuklear.

Tambah Tentera Korea Selatan, pihaknya mengeluarkan permohonan maaf dan kesal dengan insiden yang terjadi.

“Kami amat menyesali pelepasan bom yang tidak disengajakan ini, yang mengakibatkan kecederaan kepada orang awam, dan kami berharap agar mereka yang cedera segera pulih,” katanya.

Susulan itu, satu jawatankuasa tindak balas kemalangan telah ditubuhkan oleh pihaknya bagi menyiasat berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, media tempatan memaklumkan bahawa Korea Selatan sedang mengadakan latihan menembak bersama Amerika Syarikat pada Khamis di lokasi itu.

Agensi Bomba Kebangsaan Korea Selatan berkata, bahawa bom berkenaan dipercayai telah jatuh di sebuah perkampungan semasa latihan bersama.

Orang Awam Cedera, Kerosakan Harta Benda

Insiden itu mengakibatkan kecederaan terhadap orang awam dan kemusnahan harta benda, termasuk penduduk setempat terpaksa dipindahkan ke lokasi lain buat sementara.

Difahamkan, seramai tujuh orang dilaporkan cedera termasuk empat daripadanya cedera parah.

Sebuah bangunan gereja dan sebahagian daripada dua rumah juga dilaporkan mengalami kerosakan akibat impak bom berkenaan.

Latihan ketenteraan bersama “Freedom Shield”

Untuk makluman, Korea Selatan dan Amerika Syarikat dijadualkan melakukan latihan ketenteraan bersama yang dinamakan Freedom Shield bermula akhir bulan ini.

Sumber: AFP via Arab News

BACA: BUDI MADANI Bulan Februari Disalur Mulai Esok

BACA: Kenyataan Rasmi MCMC Berhubung Kes Harith Iskander, Cecelia Yap

BACA: FIFA Umum Hadiah Terbesar Dalam Sejarah Piala Dunia Kelab