Siakap Keli
kabinet dapur gas
Gambar: Anis Hafiza

Bukan Sekadar Hiasan, Ini Sebab Kabinet Dapur Gas Perlu Ada ‘Ni’

Bukan Sekadar Hiasan, Ini Sebab Kabinet Dapur Gas Perlu Ada ‘Ni’

Setiap orang tentunya mempunyai reka bentuk dapur impian sendiri bukan? Terutamanya yang sudah mendirikan rumah tangga.

Seperti yang diketahui, dapur bukan sekadar tempat untuk memasak, tetapi ruang ini juga menyimpan penuh kenangan, kreativiti, dan kasih sayang dalam membuat menu masakan.

Kadangkala, suasana dan reka bentuk dapur yang tersusun rapi juga boleh memberikan “mood” untuk setiap orang bersemangat untuk memasak menu hidangan.

Walau bagaimanapun, aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan ketika berada di dapur kerana di sini juga menyimpan barangan tajam seperti pisau gunting bahkan tong gas.

Lebih-lebih lagi, pelbagai berita dikongsikan berhubung kebakaran atau letupan yang berpunca daripada tong gas di dapur.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan salah satu tip keselamatan yang berguna untuk orang ramai aplikasikan di rumah menerusi perkongsian Anis Hafiza di bawah.

Kenapa tempat simpan tong gas perlu ada ruang udara?

Bulan lepas rumah jiran hujung sana di timpa kemalangan kecil. Dapur gas meletup. Terbakar juga pada wifenya 13 peratus. Kesnya kabinet dapur sekaramg tiada lubang dan tiada kedap udara samaada belakang ruang dinding dan hadapan pintu kabinet dapur. So sekurang-kurangnya tebuk la sedikit lubang udara. 

Kejadiannya gas meletup dalam tempoh 15 minit semasa masak untuk berbuka puasa. Saya ada juga tebuk buat ruang udara tapi ruang bawah la. Ini pun risau takut cik pas dan cik cak yang buat sarang telur kat lubang tu. 

So buat teman-teman yang buat kabinet design terkini pastikan ada ruang pengudaraan.

https://www.facebook.com/anis.hafiza.3/posts/pfbid033YsXaCFgCxV5usTC9CbwPe2TJ2rjZfQiaQ9XraBGmcCZpku6PoKH55xZ1a7Kwgayl

Sumber:  Facebook  Anis Hafiza

BACA: Cenderahati Kepada Presiden China Hadiah Peribadi  – Loke

BACA: JAKIM Arah Pengimport Tarik Balik Produk Makanan Dari Indonesia Mengandungi DNA Babi

BACA: 59% Pekerja Di Malaysia “Resign” Sebab Tempat Kerja Toksik – Kajian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.