Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
guru hilang sebelah tangan
Gambar: Abdullah Kadir/FB
Tiada Kategori

Sayu, Guru Imbau Detik Hitam Saat ‘Hilang’ Sebelah Tangan

Hannah

Sayu, Guru Imbau Detik Hitam Saat ‘Hilang’ Sebelah Tangan

Setiap orang ada impian untuk bina kerjaya sendiri, terutamanya anak muda yang baru mula melangkah ke alam pekerjaan. Mereka mahu capai kejayaan, hidup selesa dan ubah nasib keluarga.

Tapi, apa jadi kalau impian yang baru nak berkembang itu tiba-tiba ranap akibat satu tragedi yang langsung tak disangka?

Itulah yang berlaku kepada guru ini suatu ketika dulu. Belum setahun perjalanan bergelar “cikgu”, hidupnya berubah sekelip mata apabila satu kejadian tragis menyebabkan beliau kehilangan sebelah tangannya.

Hilang tangan tapi tak pernah hilang semangat

Difahamkan, beliau mula melapor diri sebagai guru di SK Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2017.

Namun, belum sempat setahun mencurahkan bakti, sebuah kemalangan ngeri mengubah seluruh kehidupannya. Kereta yang dipandu hilang kawalan dan menjunam ke dalam gaung sedalam 25 meter.

Tragedi itu menyebabkan tangan kanannya (tangan dominan) tidak dapat diselamatkan.

“Saya sudah tahu tangan kanan saya telah mati sebaik sedar dari pengsan seketika sebelum pasukan menyelamat tiba,” kongsi Cikgu Abdullah Kadir menerusi laman Facebook.

Tragis. Perit. Namun, semangat luar biasa guru ini sangat mengagumkan.

Meski ditimpa musibah, beliau bangkit, melawan takdir yang tidak memihak kepadanya, dan terus berdiri sebagai pendidik yang memberi inspirasi.

“Saya bersyukur masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan terus berbakti kepada anak bangsa.

“Hilang tangan dominan ketika itu umpama hilang segala kemahiran. Memegang sudu untuk makan pun saya tidak mampu. Tapi saya memilih untuk tersenyum, lapang menerima ketetapan takdir.

“Takdir telah ditetapkan dan saya percaya ketetapan Allah adalah yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat saya,” katanya.

Memilih untuk tidak meratap nasib

“Kemahiran menulis adalah nyawa seorang guru,” katanya lagi.

Perlahan-lahan, beliau kemudiannya melatih tangan kiri, dari menulis, mewarna hingga mengajar di papan putih.

Tidak hanya itu, beliau turut menggunakan kedua kakinya menjadi pengganti tangan kanan.

Setelah kembali bertugas, beliau tak pernah jadikan kekurangan diri sebagai alasan.

Beliau terus berbakti dan membuktikan dirinya mampu berdiri sama tinggi dengan guru-guru lain.

Walaupun hanya bertangan satu, beliau tak pernah katakan “TIDAK”, sebaliknya “KITA CUBA SEHABIS BAIK”.

“Projek transformasi bilik dan darjah dan pembukaan semula bilik agama di SKTU menjadi simbol kebangkitan saya demi cinta pada profesion perguruan dan demi anak bangsa tercinta.

“Menjadi guru kelas budak kelas belakang tidak sesekali menjadi alasan untuk saya abaikan mereka sebaliknya mereka dididik dengan penuh kasih sayang, nilai dan adab.

“Kelas cikgu OKU dan budak Kelas Belakang tidak pernah memberi peluang kepada kelas lain dalam pertandingan kelas bersih dan ceria. Kejayaan ini simbol rasa cinta saya kepada kerjaya dan anak didik,” kongsinya.

Rangkul Anugerah Guru Cemerlang OKU Negeri Kelantan

“Pada tahun 2024 saya telah melatih dua orang murid untuk pertandingan STEM Talent Show sehingga berjaya menjadi JOHAN Negeri Kelantan dan menjadi wakil Kelantan ke peringkat kebangsaan.

“Semangat juang itu telah membawa saya dan anak didik ke pentas kebangsaan di negeri Kedah. Ia cukup bermakna dan menjadi sejarah kebangkitan perjuangan saya sebagai seorang guru OKU.

“Saat saya diamanahkan melatih kumpulan Nasyid, saya tidak menolak walaupun diri saya serba kekurangan.

“Alhamdulillah dengan semangat luar biasa kami berjaya merebut takhta JOHAN daripada sekolah yang bertahun memegangnya. Cukup menjadi simbol perjuangan seorang guru OKU demi melihat kejayaan anak didiknya,” tambahnya.

Benar, fizikalnya mungkin terjejas, tetapi jiwanya tetap kuat dan besar. Beliau bukan sekadar mengajar, tapi membina semangat dalam diri anak bangsa.

Terima kasih, guru hebat.

BACA: Youtuber Terkejut Selepas 3 Jam Tinggal iPhone Di Luar Stadium Arab Saudi

BACA: Terhibur Tengok Haziq Nadzli Explain Pasal “Offside” Dekat Isteri

BACA: Ramai Simpan Dekat Rumah, Tapi 7 Barang Ni Sebenarnya Bahaya

Sumber: Abdullah Kadir/FB