Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tak Dibenar Naik Pesawat, Kisah Perjalanan Al Gaddafi Tunai Haji Buat Ramai Sebak
MEKAH — Seorang lelaki warga Libya, Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi mencuri perhatian ramai apabila hampir terlepas peluang menunaikan ibadah Haji selepas ditahan di lapangan terbang kerana isu keselamatan, lapor ABP News.
Menurut laporan Gulf News, kejadian bermula apabila Amer ditahan di kaunter imigresen kerana nama “Al Gaddafi” yang mencetuskan amaran dalam sistem keselamatan.
Ketika pegawai keselamatan memaklumkan mereka akan cuba menyelesaikan isu tersebut, kumpulan Haji telah menaiki pesawat untuk berlepas ke Mekah.
Meskipun masalah keselamatan diselesaikan, juruterbang enggan membuka pintu pesawat dan memilih untuk berlepas tanpa Amer.
Amer yang telah berniat untuk menunaikan Rukun Islam Ke-5 itu, enggan berputus asa dan setia menunggu di lapangan terbang.
Tidak lama selepas berlepas, pesawat tersebut mengalami masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik.
Selepas pembaikan kecil dilakukan, pesawat cuba untuk berlepas semula namun sekali lagi menghadapi masalah teknikal, menyebabkan ia mendarat buat kali kedua.
Selepas dua kali gagal berlepas, juruterbang membuat keputusan untuk terbang bersama Amer.
“Saya bersumpah tidak akan terbang semula melainkan Amer turut serta bersama kami di dalam pesawat ini,” kata juruterbang itu.
Susulan itu, pihak berkuasa akhirnya memberi kelulusan kepada Amer untuk menaiki penerbangan tersebut.
Menakjubkan, kapal itu berjaya berlepas dalam cubaan ketiga bersama kru dan penumpang.
Menurut Amer, dia menyifatkan pengalaman itu sebagai ujian dalam menguji keimanannya.
“Saya hanya mahu menunaikan Haji. Saya percaya, jika ia sudah tertulis untuk saya, tiada apa yang dapat menghalangnya,” katanya lagi.
BACA: Tip: Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni Sebelum Pasang CCTV Di Rumah