Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Imej X-Ray Tunjuk Tubuh Pesakit Dipenuhi Ratusan Bintik Putih, Doktor Beri Amaran
Seorang wanita dari China didakwa mula mengalami sakit kepala yang berpanjangan, bersama sakit pada peha dan juga matanya sejak tahun 2016.
Susulan bimbang dengan keadaan itu, doktor mencadangkan supaya dia menjalani imbasan MRI dan CT.
Namun, keputusan imbasan tersebut mengejutkan ramai. Tubuh wanita itu didapati dijangkiti penyakit cysticercosis, iaitu sejenis jangkitan parasit akibat tertelan telur cacing pita secara tidak sengaja.


Menurut abangnya, keluarga mereka memang mempunyai kebiasaan makan daging babi mentah setiap kali menyembelih haiwan tersebut.
Wanita itu sudah mula mengamalkan tabiat itu sejak remaja. Berbeza dengan wanita itu, ujian kesihatan ke atas abangnya menunjukkan dia bebas daripada jangkitan tersebut.
“Pesakit mengalami mata yang membonjol, pendarahan retina, pelbagai jangkitan dalam tubuh serta sawan epilepsi,” jelas Profesor Meng Qiang, Pakar Perunding Kanan Neurologi dari Hospital Wilayah Pertama.
Menurut Profesor Meng lagi, kes seperti wanita itu boleh membawa kesan serius, terutamanya kepada sistem saraf pusat.
“Cacing parasit memberi impak besar pada otak. Komplikasi paling lazim ialah epilepsi, tetapi ia juga boleh menyebabkan kecacatan intelek, kelumpuhan anggota, gangguan pertuturan serta masalah deria,” tambahnya.
Dalam kes wanita terbabit, doktor merancang untuk memberikan ubat pembasmi parasit dalam dos kecil bagi mengelakkan tindak balas berbahaya.
Ini kerana apabila cacing itu mati, tubuh boleh bertindak balas secara radang atau mengalami alahan teruk.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan agar:
1. Basuh tangan selepas ke tandas atau menukar lampin, dan sebelum mengendalikan makanan.
2. Basuh dan kupas buah-buahan serta sayur-sayuran sebelum dimakan.
3. Minum air botol atau air yang telah dididihkan sekurang-kurangnya satu minit di negara yang air paipnya tidak selamat.
4. Elakkan memakan daging mentah atau separuh masak.
BACA: 6 Kejadian Jerebu Dengan Rekod IPU Tertinggi Di Malaysia
BACA: Ketahui Sebab Banyak Stesen Minyak Dekat Antara Satu Sama Lain
BACA: Tip: 6 Tabiat Korang Patut Tinggalkan Supaya Bateri Telefon Tahan Lama
Sumber: UNILAD