Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Ini 7 Tip Rare Supaya Laptop Anda Tak Cepat Panas 
Gambar AI
Tiada Kategori

Ini 7 Tip Supaya Laptop Anda Tak Cepat Panas 

suhaila

Ini 7 Tip Rare Supaya Laptop Anda Tak Cepat Panas

Laptop hari ini bukan lagi sekadar mesin untuk menaip tugasan pejabat atau kerja sekolah. Ramai antara kita menggunakannya untuk kerja berat seperti suntingan video, reka grafik, permainan komputer, malah livestreaming juga.

Masalahnya, semakin canggih laptop semakin padat komponennya dan semakin tinggi risiko overheat jika kita tak jaga betul-betul.

Skrin cantik, RAM laju dan prosesor yang mahal, semua itu takkan bermakna jika laptop sering panas hingga hang atau thermal throttling.

Paling menyakitkan hati bila laptop tiba-tiba shutdown dengan sendiri masa tengah sibuk. Lebih parah lagi kepanasan yang melampau boleh menjejaskan jangka hayat motherboard, bateri dan SSD.

Ramai tahu tip asas seperti elakkan letak laptop atas tilam, guna kipas luar, servis habuk. Tapi masih ramai abaikan cara-cara rare yang sebenarnya sangat berkesan menurunkan suhu laptop.

Kali ini kami kongsikan 7 rahsia yang jarang orang buat tapi terbukti dapat membantu laptop tak cepat panas dan tahan lama.

1. Guna vacuum cooler

Ramai pengguna laptop hanya bergantung pada cooling pad biasa yang diletakkan di bawah laptop. Ya, ia membantu tetapi tidak cukup untuk laptop yang betul-betul berkuasa tinggi seperti laptop gaming atau workstation grafik.

Kalau anda sering guna laptop untuk kerja berat, cuba vacuum cooler. Ianya seperti kipas mini yang akan melekap pada lubang pengudaraan laptop.

Alat ini akan menyedut haba panas terus keluar dari dalaman laptop. Hasilnya, suhu prosesor dan GPU boleh turun beberapa darjah dalam masa beberapa minit.

Vacuum cooler juga lebih senyap berbanding cooling pad biasa. Ramai gamer pro dan editor video dah guna tapi masih ramai pengguna biasa tak tahu kewujudan alat ini.

2. Sediakan Laptop Stand Aluminium

Laptop stand bukan sekadar cantik atau ergonomik untuk elak sakit tengkuk. Kalau pilih stand aluminium yang berkualiti, ia sebenarnya dapat membantu aliran udara lebih lancar di bawah laptop.

Aluminium bersifat konduktor haba jadi ia sedikit sebanyak akan menyerap panas dari badan laptop.

Apabila laptop terangkat beberapa inci, kipas dalaman akan lebih mudah bernafas. Kalau anda jenis yang duduk lama di meja, stand laptop ini pelaburan kecil yang sangat berbaloi. Badan selesa dan laptop pun kurang panas.

Rahsia Supaya Laptop Anda Tak Cepat Panas

3. Tukar Thermal Paste

Ini tip rare yang ramai orang tak pernah dengar. Selepas 2 hingga 3 tahun, kebanyakan laptop akan mula panas walaupun anda jaga elok. Kenapa? Salah satu sebabnya ialah thermal paste yang menyambungkan prosesor dengan heatsink sudah kering atau keras.

Thermal paste berfungsi mengalirkan haba dari cip prosesor ke sistem penyejuk. Kalau ia kering, haba tak dapat keluar dengan lancar.

Hasilnya prosesor terpaksa bekerja dalam suhu yang tinggi. Solusinya? Hantar laptop ke juruteknik yang bertauliah untuk tukar thermal paste setiap 2 atau 3 tahun. Kosnya tak mahal, tapi kesannya sangat besar kerana suhu boleh turun 5 hingga 10 darjah.

4. Jangan letak laptop atas tilam, kusyen atau bantal

Nampak selesa bila baring di katil sambil guna laptop di atas tilam atau bantal. Tapi inilah tabiat paling cepat memerangkap haba.

Tilam dan bantal menyekat lubang angin di bahagian bawah laptop. Bila kipas tak dapat sedut udara sejuk dan buang udara panas, suhu prosesor akan naik mendadak.

Kalau terpaksa guna laptop di katil, letakkan alas keras seperti laptop tray, papan pemotong atau sekurang-kurangnya buku tebal. Kipas masih boleh berfungsi dengan baik asalkan bahagian bawah laptop tak tertutup sepenuhnya.

BACA : Travel DIY: Tip Bijak Bercuti Luar Negara Tanpa Ejen

5. Gunakan perisian pemantau suhu

Di samping itu juga, ramai pengguna hanya sedar laptop panas bila kipas berbunyi kuat atau badan laptop terasa hangat.

Tapi sebenarnya suhu prosesor dan GPU boleh naik ke tahap bahaya tanpa disedari. Pasang perisian percuma seperti HWMonitor, CoreTemp atau Speccy (untuk Windows) atau iStat Menus (untuk Mac).

Perisian ini akan papar suhu semasa CPU, GPU, SSD dan kipas. Bila suhu naik melebihi 80-90 darjah, anda tahu masa untuk berhenti sekejap atau ambil langkah penyejukan tambahan. Ini cara mudah untuk mengelakkan laptop hang secara tiba-tiba.

6. Bersihkan port dan lubang angin

Selain itu, debu halus juga merupakan musuh utama untuk sistem penyejukan laptop. Lubang angin yang tersumbat akan mengurangkan prestasi kipas. Hasilnya haba terperangkap dalam ruang kecil dan laptop akan menjadi seperti ketuhar mini.

Jadikan rutin sebulan sekali untuk tiup lubang angin dengan blower mini atau tin angin termampat (compressed air).

Bersihkan juga port USB, HDMI dan port pengecas. Debu pada port boleh menyebabkan sambungan tak stabil atau cepat longgar. Tak susah, tapi ramai orang malas buat. Padahal inilah tip paling asas untuk laptop sentiasa sejuk dan sihat.

7. Gunakan setting Power Mode ‘Cool’

Ramai pengguna laptop moden juga tak pernah usik tetapan power mode. Contohnya Windows ada pilihan Balanced, High Performance, atau Power Saver.

Kalau anda guna laptop untuk kerja ringan, pilih mod Balanced atau Battery Saver.

Untuk laptop gaming atau editing berat, beberapa jenama (seperti ASUS ROG, MSI) ada Cooling Mode dalam software bawaannya.

Aktifkan mod ini bila buat kerja berat. Kipas akan berpusing lebih laju untuk kawal suhu walaupun bunyi kipas sedikit bising.

Jangan biarkan laptop sentiasa di mod High Performance kalau tak perlu kerana ia akan memaksa prosesor bekerja lebih kuat dan menghasilkan lebih banyak haba.

Sebagai kesimpulan, overheat memang musuh senyap laptop moden. Tanpa penjagaan yang betul, laptop canggih sekalipun boleh rosak motherboard, bateri cepat kembung atau kipas gagal berfungsi.

Paling rugi bila anda terpaksa habiskan duit untuk baiki atau beli laptop baharu sebelum waktunya. Dengan mengamalkan 7 tip rare ini anda sebenarnya mampu untuk memanjangkan usia laptop anda tanpa memerlukan modal yang besar.

BACA : Ramai Tak Tahu: Touch ’n Go eWallet Ada Fungsi Toll SOS Balance

Sumber : honor.com, firefold.com