Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gadis Jepun Dedah ‘Rahsia’ Jatuh Hati Dengan Lelaki Malaysia
Tidak dinafikan, rupa paras sering menjadi faktor penting dalam membentuk tanggapan pertama atau first impression khususnya sewaktu bercakap dengan orang lain.
Dalam kehidupan seharian, wajah biasanya menjadi aspek pertama yang diperhatikan kerana ia berfungsi sebagai cerminan awal tentang diri seseorang.
Pun begitu, setiap daripada kita dilahirkan dengan bentuk wajah, tona kulit, dan ciri fizikal yang berbeza-beza.
Kepelbagaian inilah menjadikan manusia unik dan istimewa, sekali gus menggambarkan rupa paras itu adalah benda yang subjektif.
Misalnya, orang yang tinggal di kawasan beriklim sejuk biasanya lebih berkulit putih, manakala mereka yang tinggal di cuaca yang panas, biasanya berkulit sawa matang atau gelap.
Gadis Jepun Dedah ‘Rahsia’ Kenapa Suka Lelaki Malaysia
Baru-baru ini, dalam video tular, seorang gadis dari Jepun menganggap kebanyakan lelaki di Asia khususnya di Malaysia menarik perhatiannya.
Menerusi perkongsian video pengguna TikTok @riki_with_japan_mates, menemu bual dua orang gadis Jepun dan sempat bertanyakan soalan menarik.
Bagaimanapun, pengakuan salah seorang gadis dari negara matahari terbit itu membuatkan ramai netizen ‘jatuh hati’.
“Saya sangat menyukai lelaki dari Malaysia dan Filipina. Saya pernah bekerja sambilan dengan mereka.
“Mereka mempunyai perwatakan yang penuh kelakar dan peramah. Dan lagi menarik, kalau ada mereka, seluruh suasana ceria di tempat itu.
“Saya sangat suka tentang mereka,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar jawapan yang diberikan tersebut.
“Nampaknya Jepun sudah pandang kita. Maju guys,” seloroh seorang pengguna.
“Sebenarnya kita kacak, cuma salah negara,” komen seorang lagi.
“Patutla sewaktu di kereta kena pandang dengan gadis Jepun,” komen seorang lagi.
Sumber: TikTok @riki_with_japan_mates