Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ini Keadaan Terkini Gerai Burger Yang Pernah Disinggah IshowSpeed

Iqbal Yasir
gerai burger ishowspeed terkini
Gambar: Instagram Bobsburgerbangsar

Ini Keadaan Terkini Gerai Burger Yang Pernah Disinggah IshowSpeed

Bercakap mengenai burger jalanan, ia merupakan salah satu makanan segera yang paling diminati oleh rakyat Malaysia.

Bahkan pelancong dari luar yang pernah mencuba burger ini pastinya terus ‘jatuh hati’ dengan kelazatan rasanya.

Masihkah anda ingat kunjungan YouTuber terkenal dari Amerika IShowSpeed ke Malaysia pada tahun lalu sempena dengan siri jelajahnya ke negara-negara di Asia Tenggara?

Menerusi siarang langsung di saluran Youtubenya, ke mana sahaja lokasi yang dilawati oleh pempengaruh itu dipenuhi lautan manusia yang luar biasa.

Salah satunya adalah sewaktu Speed kali pertama mencuba burger Ramly,di sebuah gerai burger di tepi jalan. Speed kelihatan begitu teruja dan memuji keenakan makanan jalanan itu.

Susulan itu, ramai netizen ingin mencuba burger berkenaan yang terletak di kaki lima LRT Bangsar.

Ini Keadaan Terkini Gerai Burger Yang Pernah Dilawati Speed

Selepas hampir setahun, pemilik gerai burger berkenaan dalam satu hantaran di Instagram memaparkan situasi terkini kedai itu yang berwajah baharu.

Dalam muat naik di media sosial itu, kelihatan gerainya kini tampil lebih menarik dengan hiasan termasuk papan tanda Speed atau nama sebenarnya Darren Watkins Jr pernah singgah makan di gerai itu.

Antara momen yang paling diingati sewaktu Speed mencuba makanan itu adalah Speed memberikan wang tunai melebihi harga sebenar burger tersebut kerana kelazatannya.

Menurut pemilik gerai, Speed tidak membayar harga burger yang dipesan dengan mata wang Ringgit Malaysia ataupun dolar AS, sebaliknya dia membayar dengan menggunakan mata wang Riel Kemboja (KHR).

“Dia bagi saya beberapa keping duit, ada dalam 7 keping dan sekeping bernilai 50,000 KHR. Jadi cuba anda kira-kira sendiri berapa nilainya,” kata lelaki itu.

Sumber: Instagram Bobsburgerbangsar

BACA: Pemilik Gerai Burger Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly “Special”

BACA: Gerai Burger Viral IShowSpeed Dipercayai Telah Disita

BACA: Apa Maksud Perfume Bau “Spicy”? Ini Jawapannya