Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Pemilik Gerai Burger
Kredit: @syokgeng via TikTok

Pemilik Gerai Burger Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly “Special”

Athirah

Pemilik Gerai Burger Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly “Special”

YouTuber terkenal dari Amerika Syarikat, iShowSpeed baru-baru ini singgah di Kuala Lumpur sempena dengan siri jelajahnya ke negara-negara di Asia Tenggara.

Menerusi siarang langsung di saluran Youtubenya, Speed dilihat meluangkan masa dengan berjalan-jalan di sekitar ibu negara. Bahkan, kehadirannya turut mendapat sambutan meriah dan luar biasa daripada warga tempatan.

Semasa di ibu kota, dia dibawa meneroka pelbagai tarikan yang ada di Kuala Lumpur termasuk mencuba beberapa juada tempatan.

Selain diajak menjamah durian, Speed juga berkesempatan menikmati juadah ikonik Malaysia iaitu tak lain tak bukan, burger Ramly.

Ketika kali pertama mencuba burger Ramly, Speed kelihatan begitu teruja dan memuji keenakan makanan jalanan itu.

Dek kerana kesedapan burger berkenaan, Speed kemudian dilapor memberikan wang tunai melebihi harga sebenar burger tersebut.

Speed bayar burger Ramly guna mata wang Riel Kemboja

Baru-baru ini, pemilik gerai Bob’s Burger telah mendedahkan nilai bayaran yang diterima daripada Speed untuk burger berkenaan.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok @syokgeng.

Menurut pemilik gerai, Speed tidak membayar harga burger yang dipesan dengan mata wang Ringgit Malaysia ataupun dolar AS, sebaliknya dia membayar dengan menggunakan mata wang Riel Kemboja (KHR).

“Dia bagi saya beberapa keping duit, ada dalam 7 keping dan sekeping bernilai 50,000 KHR. Jadi cuba anda kira-kira sendiri berapa nilainya,” kata lelaki itu.

Pemilik gerai burger itu sempat berseloroh dengan menjelaskan bahawa burger di gerainya masih dijual dalam mata wang Malaysia.

“Jangan risau boleh datang,” gurau pemilik gerai burger itu.

Video berkenaan mendapat 1.1 juta tontonan dan 734 komen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menggangarkan bahawa Speed telah membayar sekitar RM368 untuk burger ‘special’ tersebut.

“Dah boleh tukar nama burger kepada “speedburger,” komen seorang wargamaya.

“Kalau sekeping duit ada tandatangan Speed, boleh buat frame,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Anak Resah Ayah Hilang Sejak 4 September, Kereta Pula Ditemui “Total Lost” & Terbakar

Sumber: @syokgeng via TikTok