Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mahfud MD Dedah Laut Natuna Utara Berisiko Jadi Taruhan Hutang Whoosh
JAKARTA — Bekas Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Mahfud MD memberi amaran bahawa kedaulatan Indonesia sekiranya kerajaannya gagal melunaskan hutang projek kereta api laju Jakarta-Bandung, Whoosh, kepada China, lapor Suara.com.
Mahfud dalam siaran di YouTube Mahfud MD Official, memberi bayangan isu berkenaan bukan sahaja merisikokan ekonomi republik itu, malah wilayah strategik seperti Laut Natuna Utara, yang menjadi kawasan penting turut berisiko dirampas.
“Jika hal ini berlaku, Indonesia akan menjadi seperti Sri Lanka,” katanya, merujuk kepada kes di mana Sri Lanka terpaksa menyerahkan pelabuhan strategiknya kepada China akibat beban hutang.
Difahamkan, jumlah hutang kepada China kini mencecah Rp116 trilion, menjadikan kewangan republik itu semakin tenat.
Pada separuh kedua tahun 2024, syarikat itu (Whoosh) mencatat kerugian Rp1.9 trilion, dengan jumlah keseluruhan kerugian tahun tersebut mencecah Rp2.69 trilion.
Kerugian berterusan pada separuh pertama 2025 dengan nilai Rp1 trilion, menjadikan beban pembayaran hutang semakin berat.
Dalam pada itu, beliau turut mendesak kerajaan supaya menyiasat secara menyeluruh dakwaan penyelewengan dana dalam projek mega tersebut yang kini membebankan kewangan negara.
Sebelum ini, Anthony Budiawan dari Political Economy and Policy Studies, mendedahkan bahawa dakwaan kos projek Whoosh mencecah 52 juta dolar AS bagi setiap kilometer.
Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada kos purata pembinaan kereta laju di China yang hanya sekitar 17 hingga 30 juta dolar AS per kilometer
Perbezaan besar ini menimbulkan tanda tanya serius tentang kecekapan dan ketelusan perbelanjaan dalam projek berkenaan.
Sumber: Suara.com