Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

3 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

3 Negeri Diramal Hujan
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tiga negeri hingga jam 4 petang ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan negeri Perak iaitu di Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran turut melibatkan daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Hulu Selangor dan Klang di negeri Selangor.

Manakala di Sabah pula membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Ranau).

3 negeri diramal hujan lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 4 petang.
  • Kawasan terlibat merangkumi Bagan Datuk, Hilir Perak serta beberapa daerah di Selangor.
  • Di Sabah, amaran melibatkan Sipitang, Tenom dan Ranau di Pedalaman serta Pantai Barat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan